Misteri TM #iwant 15 Oktober terselak sikit

Share Button

Sekali lagi, Telekom Malaysia menerusi twitternya @TMCorp, memaparkan gambar yang bertarikh 15 Oktober 2015. Bezanya, kali ini ia datang dengan pautan yang dihalakan ke www.tm.com.my/iwant

Menerusi laman iwant tersebut, perkara pertama dapat dilihat ialah perkataan yang bermaksud, peranti yang hebat diperkasakan dengan UniFi. Ke bahagian bawah laman tersebut, ia banyak menyatakan tentang jalurlebar.

Antara yang terdapat di laman tersebut ialah, telefon pintar tidak berguna tanpa jalurlebar, atau telefon pintar terhebat di pasaran berfungsi dengan hebat menggunakan jalurlebar terhebat.

Laman tersebut turut menyatakan hiburan melalui HyppTV dengan kelajuan terpantas, mudahalih dengan banyak pilihan. Adakah ini menandakan internet tanpa wayar dari UniFi?

Dan di akhir laman, terdapat borang yang boleh diisi, sebagai pendaftaran minat untuk mengetahui apakah yang bakal dilakukan TM pada 15 Oktober nanti. Lebih menarik, barangsiapa yang mendaftar minat, berpeluang untuk menang telefon pintar. Adakah hadiahnya iPhone 6s?

Kalau keinginan nak tau anda meluap-luap, jangan lupa daftar minat di laman iwant TM tu. Mana tau, rezeki dapat telefon pintar percuma.

Apa komen anda?