Microsoft lancar laptop pertama pelbagai fungsi buatannya: Surface Book

Share Button

Banyak peranti baru diperkenalkan Microsoft semalam, tetapi yang paling utama sekali ialah laptop pertama dihasilkan menggunakan jenama Microsoft, iaitu Surface Book. Menggunakan kepakaran menghasilkan tablet Surface sebelum ini, Microsoft kali ini melompat lebih tinggi dengan pengenalan laptop berkuasa tinggi pelbagai guna, Surface Book.

Surface Book datang dengan skrin 13.5-inci PixelSense, yang lebih besar dari Surface 4. Ia mempunyai resolusi 3000×2000 dalam nisbah 3:2, serta kepadatan piksel 267 PPI.

Surface Book depn tepi belakang pen

Surface Book dilengkapi CPU terbaru Intel generasi ke-6, Core i5 & Core i7 dengan jangka hayat bateri sehingga 12 jam lamanya. Ia dibekalkan dengan storan sehingga 512GB, serta 16GB RAM. Tetapi ini bukan tarikan utamanya.

Apa yang paling mengujakan pada Surface Book, ialah kebolehan skrinnya dicabut dari papankekunci menjadi Clipboard, fungsi seakan tablet. Fungsi ini ditambah lagi dengan  Surface Pen yang datang bersamanya. Apabila skrin dicabut, ia masih boleh menjalankan semua aplikasi seperti laptop biasa.

Surface Book boleh cabut COVER

Microsoft kekal menggunakan aloi magnesium untuk badan Surface Book. Ia menggunakan engsel Fulkrum Dinamik, dengan satu butang ‘Muscle Wire’ yang sangat teguh menghubungkan skrin dan papankekunci.

Surface Book Engsel Fulkrum

Lebih hebat lagi, Surface Book boleh dipadankan dengan GPU Nvidia GeForce yang lebih berkuasa, selain Intel HD Graphics 520 yang disediakan sebagai pilihan asas. Ia juga mempunyai kamera yang sama seperti Surface Pro 4, 8MP autofokus di belakang dan 5MP di depan.

Surface Book cabut belakang pen

Laptop Surface Book datang dengan Windows 10 Pro, yang memiliki  pelbagai fungsi baru hebat, seperti Windows Hello untuk daftar masuk pantas ke PC, dan Windows Continuum yang memudahkan kerja di antara pelbagai peranti berbeza, dengan mengekalkan antaramuka yang sama.

Laptop Surface Book boleh mula ditempah hari ini di beberapa negara, tetapi tidak termasuk Malaysia. Ia akan mula dijual pertama kali di Kanada dan Amerika syarikat pada 26 Oktober 2015. Maklumat lanjut tentangnya boleh didapati di laman produk Surface Book‎.

 

Spesifikasi dan harga jualan Surface Book:

  • Intel Core i5 Generasi ke-6, 128 GB storan dan 8GB RAM – USD1,499 (~RM6,462)
  • Intel Core i5 Generasi ke-6, 256 GB storan dan 8GB RAM – USD1,699 (~RM7,324)
  • Intel Core i5 Generasi ke-6, 256 GB storan, 8GB RAM dan GPU Nvidia GeForce  -‎ USD1,899 (~RM8,186)
  • Intel Core i7 Generasi ke-6, 256 GB storan, 8GB RAM dan GPU Nvidia GeForce  -‎ USD2,099 (~RM9,048)
  • Intel Core i7 Generasi ke-6, 512GB storan, 16GB RAM dan GPU Nvidia GeForce  -‎ USD2,699 (~RM11,635)

 

Apa komen anda?