Mi Malaysia nak bagi Yi Action Camera untuk yang mampu lakukan

Share Button

Anda kenal Go Pro, kamera aksi kegemaran ramai? Tahukah anda, Xiaomi turut menghasilkan kamera aksi seperti GoPro, yang diberi nama Yi Action Camera? Ianya tidak dijual di Malaysia lagi, tapi anda berpeluang untuk mendapatkannya secara percuma.

Tidak, ini bukan peraduan dari kami di Theskop, tetapi datang dari Mi Malaysia sendiri. Mi Malaysia sedang mencari individu yang gemarkan sukan aksi seperti menyelam, mendaki gunung, berbasikal dan apa jua aktiviti lasak lain.

Daftarkan minat anda di sini, dan jka anda terpilih, Mi Malaysia akan memberikan Yi Action Camera bersama aksesori kepada anda, secara percuma. Mi Malaysia mencari 10 orang untuk diberikan Yi Action Camera ini.

Yi Action Camera bersama aksesori

Pendaftaran minat ini akan ditutup pada hari Khamis, 22 Oktober 2015 jam 9 malam. Jadi ada lebih sikit dari sehari untuk mendaftar. Tetapi pendaftaran minat ini hanya langkah pertama.

Anda perlu menyatakan bagaimana cara untuk menggunakan Yi Action Camera. Jika terpilih, anda perlu menghantar satu video klip berkaitan aksi sukan yang anda dipilih, yang berdurasi selama 60 saat. Klip video ini perlu dihantar sebelum 8 November 2015. Yi Action Camera akan menjadi milik anda, setelah selesai menghantar video ini.

Yi Action Camera dalam tangan

Anda yakin untuk melakukannya? Maka segeralah mendaftar minat dan nyatakan bagaimana untuk menggunakan Yi Action Camera tu kelak.

Dalam pendaftaran minat ni, Mi Malaysia turut menyatakan untuk cuba sedaya upaya membawa pelbagai produk Xiaomi yang dilancarkan di China, untuk terus dicuba sendiri oleh peminat Xiaomi di Malaysia sejurus ia dilancarkan.

bit.ly/FREEYiActionCameraMY – Nak dapatkan satu Yi Action Camera? Daftar sekarang!

Posted by Mi Malaysia on Tuesday, October 20, 2015

[SUMBER]

Apa komen anda?