Memandu lebih selamat dengan panduan lorong Google Maps Navigation

Share Button

Anda sering memandu kereta? Apakah aplikasi navigasi kegemaran anda? Pasti ramai yang memilih Waze. Mungkin anda boleh juga mencuba Google Maps Navigation, yang kini datang dengan fungsi baru yang tidak ada pada Waze.

Google Maps Navigation kini menyokong panduan lorong (lane assist) untuk kebanyakan jalan-jalan utama di Malaysia. Perkara ini diumumkan oleh Google Malaysia menerusi twitter mereka di @GoogleMsia.

Dengan panduan lorong ini, ia membantu pemandu agar tidak terlepas simpang atau susur keluar. Ia membantu memeriksa lorong atau laluan mana untuk diambil, bagi mengelakkan perubahan laluan secara mengejut atau pertukaran lorong di saat-saat akhir. Lebih teruk lagi, terlepas simpang dan melalui jalan yang salah.

Google Maps Navigation - lane assist

Google Maps Navigation boleh digunakan, dengan memuat turun aplikasi Google Maps di Android atau iOS. Kemudian lancarkan Google Maps, pilih lokasi yang ingin dituju dan sentuh ikon ‘Navigation’. Ia kini lengkap dengan pandu arah bersuara, serta yang terbaru, panduan lorong atau laluan.

Selamat memandu dan gunakan peralatan bebas tangan ketika memandu menggunakan navigasi. Jangan bertelefon atau menaip mesej ketika memandu. Jangan juga memandu ketika terlalu penat atau mengantuk. Pesanan ini dibawakan kepada anda oleh TheSkop.

Apa komen anda?