Maxis pula juara 4G LTE terluas Malaysia

Share Button

Maxis hari ini mengumumkan peningkatan keuntungan suku ketiga 2015, bersama pencapaian rangkaian 4G LTE yang lebih baik. Rangkaian 4G Maxis kini telah meliputi 55% kawasan populasi‎ di Malaysia.

Untuk suku ketiga 2015 sahaja, Maxis telah memperuntukkan RM359 juta untuk meningkatkan liputan 4G LTE mereka. Dengan liputan melebihi 55% kini, Maxis memaklumkan mereka memiliki liputan 4G LTE terluas di Malaysia, mengatasi Digi yang mengatakan mempunyai 50% liputan 4G LTE beberapa minggu lepas.

Liputan 4G Maxis kini menjangkau 95% kawasan tumpuan utama, serta 60% di bandar utama setiap negeri. Maxis memaparkan kelajuan rangkaian mereka di beberapa lokasi utama dalam negara, di website yang boleh diakses di sini.

Maxis 4G LTE kelajuan di website 001 Maxis 4G LTE kelajuan di website 002

Maxis kini mempunyai 9 juta pelanggan, dengan 1.5 juta pelanggan baru dalam masa satu tahun kebelakangan ini. Secara purata, pengguna Maxis menggunakan 2.3Gb data sebulan. Tahun ini sahaja, Maxis membelanjakan CAPEX sekitar RM1.2~1.3 bilion memastikan kestabilan data berkelajuan tinggi.

Anda pengguna Maxis? Adakah rangkaian Maxis kini mencapai standard yang anda harapkan? Bagaimana pula dengan Celcom, tak nak turut sama bersaing luas liputan 4G terkini?

Maxis 4G LTE alami perbezaannya

Apa komen anda?