Maxis perkenal servis penghantaran terpantas ke mana jua lokasi di Malaysia

Share Button

Ingatkah anda tentang Maxis Midnight Express? Tahun lepas, Maxis menghantar tempahan telefon pintar kepada pembeli terpilih, pada tengah malam hari pelancaran, di mana jua pembeli berada di Malaysia. Tahun ini, Maxis dilihat mahu melakukannya sekali lagi. Tetapi lebih besar?

Dipanggil 24 Hours Maxis Express, Maxis menjanjikan yang tempahan ini akan menjadi lebih besar, dan lebih pantas. Jika tahun lepas, hanya beberapa orang terpilih sahaja dapat menikmati perkhidmatan Maxis Midnight Express ini, kali ini semua tempahan akan dihantar kepada pembeli, dalam masa 24 jam.

 

Tetapi, hanya tempahan awal pada 9 Oktober 2015 sahaja akan dapat menikmati servis terpantas ini. Dengan servis 24 Hours Maxis Express, Maxis berjanji akan menghantar produk yang dibeli, tidak kira di mana jua pembeli berada, dalam masa 24 jam. Bukan pembeli terpilih, tetapi semua pembeli yang menempah pada 9 Oktober 2015.

Tidak kiralah jika anda sedang berkhemah di dalam Taman Negara, atau memancing di tengah Tasik Kenyir, Maxis pasti akan menghantarnya dalam masa 24 jam. Maxis nampaknya telah melatih petugasnya untuk misi khas ini. Mungkin pembeli boleh menguji petugas ini, dengan berada di tempat yang agak sukar dijejaki pada hari penghantaran, seperti puncak Gunung Kinabalu?

24hours Maxis Express - tiada gunung tidak dapat didaki

Jadi, bersiap-sedia untuk tempahan yang akan dibuka pada Jumaat ini, 9 Oktober 2015 untuk menikmati servis super hebat dan pantas, 24 Hours Maxis Express. Mungkinkah anda akan dikecewakan, atau anda akan menerima kejutan?

Tapi, apakah produk yang akan Maxis hantar menggunakan servis 24 Hours Maxis Express ni? Rasanya ada benda yang akan dilancarkan pada 16 Oktober kelak. Untuk maklumat lanjut, layari laman Maxis Express.

Cuba tonton video Maxis Midnight Express tahun lepas di bawah ini, untuk cuba merasai kehangantan servis dari Maxis.

 

Trackbacks

  1. […] Kepada semua pembeli yang membuat tempahan pada hari ini, 9 Oktober 2015, Maxis menjanjikan penghantaran pada 16 Oktober 2015 kelak, dalam masa 24 jam atau sepanjang hari tersebut. Tidak kiralah di mana jua anda berada, Maxis PASTI akan menghantarnya. Tak percaya, boleh rujuk di sini. […]

Apa komen anda?