Maxis jual OnePlus 2 tanpa perlu kod jemputan

Share Button

Mahu membeli telefon pintar OnePlus 2, tetapi tiada kod jemputan? Tiada masalah lagi kerana Maxis baru mengumumkan penjualan OnePlus 2, tanpa perlukan jemputan. Ia kini boleh didapati pada harga RM1788.20 termasuk GST di stor dalam talian atau pusat servis Maxis.

OnePlus 2 di Maxis Online Store

Maxis mula menjual OnePlus 2 pada 22 September lepas, hanya dengan kontrak dan pelan MaxisONE. Tidak sampai 2 minggu kemudian, Maxis mula menjual telefon OnePlus 2 sahaja, tanpa perlu mendaftar pelan tapi masih memerlukan kod jemputan. Masuk sebulan selepas hari pertama jualan, OnePlus 2 mula dijual tanpa perlukan kod jemputan.

Untuk membeli dalam talian, hanya lawati lamanweb Maxis Online Store dan terus membeli dan tunggu ia dihantar ke rumah. Jika mahu membeli secara fizikal, ia boleh didapati di mana-mana pusat servis Maxis. Lebih mudah, stok OnePlus 2 di pusat servis Maxis, boleh disemak terlebih dahulu di lamanweb Maxis RealView.

OnePlus 2 di Maxis RealView

Digelar Pembunuh Telefon Pintar 2016, OnePlus 2 dilengkapi spesifikasi hebart seperti CPU Snadragon 810, 4GB RAM, 64GB storan tanpa slot kad memori, skrin 5.5-inci HD Penuh, bateri 3,300mAh tanpa pengecas pantas, port USB 3.1 jenis-C, pengimbas capjari, dwi-sim 4G LTE, kamera belakang 13MP autofokus lazer dan kamera depan 5MP.

 

Dapatkan OnePlus 2 percuma bersama casing Otterbox

Kotak OnePlus dan Otterbox atas kerusi

Masih berkira-kira nak beli OnePlus 2 ni? Apa kata lapangkan hati dan tenangkan minda serta kekalkan poket anda kembung dengan RM. Sertai pemberian OnePlus 2 dan Otterbox kami, yang diberikan secara percuma kepada pembaca bertuah Theskop.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada hari Selasa, 20 Oktober 2015 jam 11.59PM. Ada masa lagi ni. Segeralah sertai dengan melayari laman pemberian di pautan bawah ni:

Pemberian OnePlus 2 dan Otterbox untuk pembaca bertuah TheSkop

 

[SUMBER]

Apa komen anda?