Maria Terindah dan Memori Cinta #3 ekslusif di HyppSensasi HyppTV

Share Button

Telekom Malaysia Berhad (TM) semalam telah melancarkan dua lagi drama bersiri tempatan, khusus menerusi perkhidmatan IPTVnya iaitu HyppTV. Drama ‘Maria Terindah’ dan ‘Memori Cinta #3’, akan disiarkan buat pertama kalinya dan secara eksklusif, di HyppSensasi (Saluran 116 HyppTV).

Pelancaran Maria Terindah dan Memori Cinta di HyppSensasi

Pengumuman ini dibuat di satu majlis pelancaran di Menara Kuala Lumpur, yang dirasmikan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media TM. Ia turut dihadiri Khabir Bhatia, pengarah drama ‘Maria Terindah’, Azmi Mohd Ariff, Pengarah Urusan, JNI Creative Sdn Bhd, dan Boy Cavalera, pengarah bagi drama ‘Memori Cinta #3’, bersama barisan pelakon bagi kedua-dua buah drama tersebut.

Antara pelakon-pelakon yang hadir pada majlis pelancaran tersebut adalah Shahz Jaszle, Sharifah Sakinah, Shakilla Khoriri, Redza Rosli, Zika Xiandra, Ben Amir dari drama bersiri “Maria Terindah” dan Riz Amin, Dayana Roza, Shima Anuar, Emilie Hanif dari “Memori Cinta #3”. Acara itu turut dihangatkan dengan persembahan khas daripada Amy Mastura dan Fakhrul Razi.

Barisan pelakon Maria Terindah dan Memori Cinta di HyppSensasi

HyppSensasi adalah saluran gaya hidup dan hiburan tempatan PERTAMA milik HyppTV, menerusi Saluran 116. Ia boleh ditonton menerusi langganan HyppTV Aneka Pack, yang menawarkan kandungan dalam Bahasa Malaysia terbaik dengan hanya RM30 sebulan tanpa yuran HD tambahan.

Menurut Jeremy, TM akan terus bekerjasama dengan syarikat produksi tempatan, bagi menyediakan platform untuk pengarah dan pelakon tempatan, bagi membolehkan TM menawarkan lebih banyak kandungan-kandungan tempatan dalam pelbagai genre, secara eksklusif di HyppTV. Malah, ia boleh ditonton di peranti di mana jua, menerusi aplikasi mudahalih HyppTV Everywhere.

HyppTV dilengkapi fungsi 2 jam ‘time shift‘ serta ‘catch-up‘ selama 7 hari, untuk tontonan lebih santai. Saluran tersebut boleh didapati menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere yang boleh dimuat turun dari Google Play Store dan Apple AppStore untuk peranti pintar dan versi Web TV bagi pengguna PC. HyppTV Everywhere menawarkan 7 hari tontonan secara percuma selepas pendaftaran.

HyppRush Oktober Manchester United

Bermula 1 Oktober hingga 31 Januari 2016, penonton boleh menyertai peraduan HyppRush Flyaway, di mana pelanggan berpeluang memenangi percutian di luar negara. Hanya langgan mana-mana HyppTV Value Pack, kandungan Video On Demand atau saluran ala-carte untuk layak menyertainya. Maklumat lanjut tentang peraduan HyppRush dan cara untuk menyertainya, boleh didapati di laman web rasmi di www.tm.com.my/hypprush.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari lamanweb www.tm.com.my/hypptv dan lawati laman media sosial HyppTV di  Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.

 

Apa komen anda?