[Luahan Bapa] Kerana anak abah nak iPhone

Share Button

iPhone 6 face2

Semua kita tahu minggu lepas ada pelancaran iPhone 6s. Saya tidaklah mengetahuinya dengan lebih detail dan cuma terbaca pelbagai story tentang pelancaran dan bagaimana orang sanggup beratur dan sebagainya.

Apa yang saya faham iPhone menjadi kegilaan generasi muda dan sesetengan orang kategori separuh abad seperti saya. Saya pula hanya memakai telefon biasa yang saya sendiri pun kadang-kadang terlupa apa model yang saya pakai.

Saya faham kegilaan remaja sekarang mahukan sebuah telefon terkini, canggih dan mempunyai macam-macam ciri. Setelah pelancaran iPhone itu, saya rasa kira-kira 2 hari kemudiannya, anak saya mula berbual ketika makan tengahari.

“Abah, boleh belikan telefon baru?” itulah yang ditanya anak saya ketika makan tengahari bersama keluarga. “Kenapa dengan telefon sekarang?” saya tanya anak saya kerana dia telahpun mempunyai telefon yang saya belikan dulu.

Telefon yang saya belikan itu tak mahal, saya dapatnya pada harga RM400 saja kalau tak salah.

“Ada, tapi macam selalu hang saja.” Itu yang anak saya cakap tetapi saya perhatikan selalu saja mengadap telefon seolah-olah telefon itu ok saja. Jadi saya anggap telefon anak saya masih ok dan berfungsi dengan baik.

“Ada pecah kat tepi ni juga.” tambah lagi anak saya cakap. Anak saya tambah lagi alasan.

“Adik nak henfon apa?” saya tanya. “kalau iPhone baru tu boleh tak ayah?” tanya dia. Dalam hati sayu juga. Sebagai bapa, meskipun ada sikit kekangan kewangan, saya akan cuba tunaikan apa yang anak saya hajati. Saya mahu dia bahagia.

Esoknya, saya mula buat sikit research. Aduh, rupanya harga iPhone bukanlah murah. Mahu tiga empat ribu juga bagi model baru. Saya tengok ada model lama tapi harganya pun masih sama. Malamnya saya jumpa anak saya.

“Adik, ayah ada tengok iPhone tadi…ayah nak belikan tapi mahal lah dik. Ayah carikan telefon lain boleh tak?” saya tanya. Anak saya diam saja. Dia tak balas apa-apa. “Hmm, takpelah abah.” anak saya diam. Dia tak cakap apa-apa, terus saja dia turun ke dapur. Hati saya agak sedih, saya cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik…hanya untuk anak saya. Jika ada rezeki, saya akan belikan. Bapa mana yang tidak mahu tengok anak bahagia. Bapa mana yang tidak mahu lihat anak senyum bukan murung atau menangis.

Mungkin abah akan belikan iPhone untuk adik tapi bukan sekarang. Bukan rezeki lagi adik…

Comments

Leave a Reply to Mail Cancel reply