LG buktikan BTTF salah dengan pelancaran TV Lengkung 4K OLED

Share Button

Pasti ramai yang meraikan hari ‘Back To The Future’ (BTTF) semalam. Salah satu idea dalam BTTF yang benar-benar luas digunakan masakini ialah TV skrin rata. Tetapi ia sebenarnya selangkah ke depan, iaitu TV skrin rata lengkung.

LG Malaysia kini membawakan pula TV skrin rata lengkung 4K OLED pertama dunia, ke Malaysia. Dengan nombor model 65EC970T, ia mempunyai skrin seluas 65-inci, menghasilkan paparan daripada butiran diod pancaran cahaya organik (OLED).

TV LG 4K OLED lengkung nipis

Bersama pelancaran TV ini, LG Malaysia turut mengadakan pameran foto yang dirakam oleh jurugambar terkemuka dunia, Zung. Beliau berkongsi inspirasi dan minat dalam fotografi, serta kisah di sebalik imej-imej tersebut.

TV lengkung 4K OLED LG menggunakan teknologi WRGB ciptaan LG sendiri. Pikselnya ditambah sub piksel putih, menambahkan julat warna untuk menghasilkan warna lebih realistik. Setiap piksel OLED menyala dan padam sendiri, mencapai ekspresi hitam yang sempurna dan sukar diperoleh oleh TV skrin rata biasa.

TV LG 4K OLED lengkung sangat nipis

Rekabentuk TV ini sangat nipis dan menawan, terima kasih kepada falsafah rekabentuk ART Slim LG, yang turut mengekalkan rupa yang ringkas dan minimal. Ia ditambah dengan kaki yang berbentuk seperti alunan daun.

Sistem bunyi TV ni menggunakan teknologi LG ULTRA SURROUND 4.0 pelbagai saluran, dengan prestasi audio yang kaya dan terperinci, menjadikan pengalaman menonton lebih mengasyikkan.

TV LG 4K OLED lengkung dipamerkan

TV lengkung 4K OLED LG adalah TV pintar, dilengkapi platform LG webOS. ia boleh berhubung dengan peranti lain dengan mudah, serta disambungkan ke WiFi untuk akses ke internet. Ia dibangunkan berdasarkan tiga konsep mudah iaitu Simple Connection, Simple Switching dan Simple Discovery.

TV lengkung 4K OLED LG bersaiz 65-inci ini mula dijual di Malaysia Oktober ini. Ia dijual pada harga RM29,999.00 termasuk GST. untuk maklumat lanjut, layari lamanweb LG Malaysia.

Apa komen anda?