Komitmen rendah dan bayaran fleksibel dari U Mobile untuk iPhone 6s

Share Button

U Mobile nampaknya menjadi yang terakhir mengumumkan tawaran mereka untuk jualan hari pertama iPhone 6s pada 16 Oktober 2015. Berbeza dengan Maxis dan Digi yang membuka tempahan dalam talian, U Mobile dilihat tidak membuka tempahan dalam talian, melainkan melalui program U Microcredit.

U Mobile dilihat terus menerajui pilihan termurah, apabila menawarkan iPhone 6s dan 6s Plus dengan pelan i40, yang memerlukan komitmen hanya RM40 sebulan. Pelan i40 datang dengan 1.5GB data, 40 minit panggilan serta 20 SMS ke semua rangkaian.

Manakala pelan yang lain, kelihatan dinaiktaraf kuotanya. Pelan i60 kini mempunai 5GB data berbanding 3GB, i90 dipertingkat dari 5GB data ke 7GB bersama panggilan tanpa had, dan i130 juga ditambah panggilan tanpa had dan kuota dinaikkan dari 7GB menjadi 10GB.

Harga iPhone 6s bersama pelan U Mobile (prabayar & pascabayar)

U Mobile iPhone 6s semua pelan

Harga iPhone 6s Plus bersama pelan U Mobile (prabayar & pascabayar)

U Mobile iPhone 6s Plus semua pelan

Satu kelebihan mendapatkan iPhone 6s di U Mobile yang tidak terdapat langsung pada talian lain, ialah pelanggan prabayar turut menerima subsidi membeli iPhone 6s. Prabayar menikmati subsidi yang sama dengan pascabayar, kerana kedua-duanya menggunakan pelan yang sama.

Perbezaannya, pascabayar hanya perlu membayar wang pendahuluan yang akan direbat dalam masa 24 bulan, atau mendaftar auto debit dan tidak perlu membayar wang pendahuluan.

U Mobile tidak menetapkan kontrak untuk membeli iPhone 6s. Jadi anda boleh bertukar pelan bila-bila masa, tanpa dikenakan penalti. Cuma, wang pendahuluan yang dibayar, tidak akan dipulangkan. Serta subsidi yang dibagi dulu, kena pulangkan mengikut berapa bulan yang tinggal. Tapi, ia masih lagi murah berbanding membeli telefon sahaja di kedai.

Manakala prabayar wajib membayar wang pendahuluan, serta tambah nilai awal RM159. Tambah nilai awal ini akan dikreditkan terus ke akaun prabayar dan talian akan aktif untuk digunakan selama 200 hari. Manakala wang pendahuluan tadi akan dibahagikan samarata selama 24 bulan, dan direbatkan setiap kali pengaktifan pelan secara bulanan. Pelanggan haruslah memiliki kredit mencukupi untuk mendaftar semula pelan setiap bulan.

Tetapi percayalah cakap kami. Jika anda membeli iPhone 6s dan 6s Plus menggunakan pelan prabayar U Mobile, jumlah keseluruhan bayaran masih lebih rendah dari harga rasmi. Contohnya, jika anda mahu membeli iPhone 6s 16GB (harga rasmi RM3,199) dan melanggan pelan i40, anda perlu membayar:

(harga telefon bersubsidi + wang pendahuluan + tambah nilai awal)

(2,671.20 + 254.40 + 159) = RM 3,084.60

Anda bukan sahaja dapat membeli telefon lebih murah dari harga rasmi, malah anda dapat data percuma untuk kegunaan beberapa bulan. Macam lagi baik je beli iPhone 6s ni melalui U Mobile kan?

Selain pelan bulanan terendah, langganan prabayar serta harga telefon yang lebih murah, U Mobile juga menawarkan pelan pembelian Flexi U Microcredit. Telefon iPhone 6s boleh menjadi milik anda dengan bayaran ansuran bulanan, dengan riba yang rendah.

Sedikit berbeza dengan pelan U Microcredit sebelum ini, Flexi U Microcredit memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih nilai bayaran ansuran. Anda boleh membayar tunai seberapa banyak yang mahu, dan bakinya dijadikan ansuran selama 12, 24, 30 atau 36 bulan.

bagaimana u mobile flexi microcredit berfungsi

Menarik tak pelbagai tawaran iPhone 6s dan 6s Plus bersama U Mobile ni? Nantikan maklumat lanjut tentang permulaan jualan yang kami jangka akan diadakan secara fizikal pada 16 Oktober 2015, di Berjaya Times Square dan beberapa tempat lain.

Ataupun, daftar U Microcredit sekarang dan tempah terus iPhone 6s dalam talian. Kemudian datang ambil je iPhone 6s baru anda pada 16 oktober kelak.

Maklumat lanjut tentang semua pelan dan tawaran iPhone 6s dan 6s Plus ini, boleh didapati dari laman produk iPhone 6s U Mobile. Manakala pelan ansuran U MicroCredit boleh dibaca di sini.

Apa komen anda?