Kelibat Huawei Mate S ditemui di SIRIM

Share Button

Pertama kali muncul di pameran IFA 2015, telefon pintar Huawei Mate S adalah yang pertama diperkenalkan secara rasmi, mempunyai skrin dengan sensor tekanan. Semasa pelancaran, ia dipertontonkan boleh menimbang buah oren di atas skrin.

Jika ada yang berminat, ketibaan Huawei Mate S ke Malaysia sudah nampak kelibatnya. Huawei Mate S telah kelihatan di dalam pengkalan data SIRIM.

Huawei Mate S di SIRIM

Menurut data di dalam pengkalan data di SIRIM, Huawei Mate S didaftarkan menggunakan kod nama CRR-UL00. Ia datang dengan NFC dan mempunyai 2 sim kad yang menyokong 4G LTE FDD dan TDD. Dalam pengkalan data SIRIM ini, Huawei Mate S didaftarkan oleh Huawei Technologies (Malaysia) dan juga Zitron Enterprise (M).

Untuk perbandingan, Vmall UK menyenaraikan Huawei Mate S dengan 32GB storan berharga £469 (~RM3116). Model yang disenaraikan ini tidak memiliki sensor tekanan di skrin. Dimaklumkan, versi premium dengan sensor tekanan di skrin, akan datang kemudian bersama storan 128GB. Buat masa ini, tidak dapat dipastikan lagi, model yang manakah akan tiba di Malaysia.

Huawei Mate S silver depan belakang sisi

Huawei Mate S adalah telefon pintar dengan skrin HD Penuh bersaiz 5.5-inci. Ia dikuasakan CPU 64-bit Kirin 935 8-teras, bersama 3GB RAM. Bahagian belakangya menggunakan besi yang direka sedikit melengkung ke sisi, manakala di depan ia menggunakan kaca Corning Gorilla Glass 4 dengan lengkung 2.5D di sisi.

Kamera belakang Huawei Mate S menggunakan sensor RGBW 13MP F2.0, bersama penstabil imej optikal (OIS) dan dwi-tona LED Flash. Kamera depan pula 8MP F2.4 dan dilengkapi LED Flash lembut untuk selfie lebih menawan.

Huawei Mate S Knuckle Sense

Huawei Mate S turut dilengkapi fungsi ‘Knuckle Sense’, menlancarkan arahan dengan ketukan belakang jari. Ia juga menampilkan pengimbas capjari di belakang, yang boleh menjalan pelbagai arahan lain selain mengimbas cap jari.

Bateri di dalam Huawei Mate s berkapasiti 2,700mAh, kelihatan agak kecil untuk telefon berskrin 5.5-inci. Ia menjalankan Android 5.1 Lollipop yang menggunakan antaramuka EMUI 3.1.

Setakat ini, belum ada harga atau tarikh pelancaran Huawei Mate S di Malaysia. Tetapi ia mungkin akan tiba sekitar penghujung bulan Oktober ini.

[SUMBER: 1, 2]

Apa komen anda?