Huawei Watch Edisi Fornasetti raikan ulangtahun ke-10 Vogue China

Share Button

Huawei nampaknya sangat berminat dengan dunia fesyen, apabila baru-baru ini mengumumkan edisi khas untuk jam tangan Huawei Watch mereka. Edisi khas ini dihasilkan oleh pereka terkenal dari Itali, Barnaba Fornasetti.

Huawei Watch edisi Fornasetti dihasilkan sempena sambutan ulangtahun ke-10 Vogue China. Ia merupakan kerjasama di antara Huawei, Vogue China dan Fornasetti, yang menggabungkan seni, rekaan dan teknologi moden.

huawei watch fornasetti - with matching design box

Rekaan eksklusif Fornasetti boleh dilihat pada muka jam, dengan rekaan ikonik Fornasetti bermotif ‘Tema e Variazioni’. Tali jam dan juga kotak turut mendapat sentuhan biasa Fornasetti, dengan rekaan berwarna hijau ‘Malachite’. Kotak jam ini, turut menampilkan rekaan lubang kunci Fornasetti yang dikenali ramai.

Jam Huawei Watch Edisi Fornasetti ini tidak dijual secara terbuka, tetapi hanya diberikan kepada tetamu majlis sambutan ulangtahun ke-10 Vogue of China, yang ditaja oleh Huawei. Majlis ini juga menandakan pengakhiran Minggu Fesyen Milan.

huawei watch fornasetti - green design

Dengan pengenalan Huawei Watch Edisi Fornasetti ini, Huawei turut melancarakan platform rekaan yang dikuasakan Huawei di http://consumer.huawei.com/design. Artis dan pereka seni boleh menghantar rekaan mereka melalui website ini. Pelbagai rekaan berasaskan produk Huawei seperti jam tangan, telefon atau apa jua rupabentuk produk masa depan, boleh dihantar di sini.

Huawei Watch Edisi Fornasetti dihasilkan sama seperti Huawei Watch yang lain. Ia menampilkan skrin bulat 1.4-inci, dengan paparan sentuh AMOLED. Ia diperkasakan dengan kaca kristal sapphire yang terkenal keteguhannya, yang turut menjadi kegemaran penghasil jam tangan Swiss.

huawei watch material

Bingkainya direka menggunakan besi tahan karat yang ditempa-sejuk. Muka jamnya berukuran 42mm, yang mengikut ukuran jam tangan tradisional.

Huawei Watch mampu menyimpan lagu untuk dimainkan tanpa sambungan ke telefon, serta boleh berhubung dengan headfon tanpa wayar melalui Bluetooth. Pengesan denyutan nadinya membantu peminat kecergasan, selain sensor pergerakan 6-paksi mampu mengesan aktiviti seperti berjalan, berlari atau menaiki tangga.

huawei watch tracker

Huawei Watch masih belum diumumkan bila ia akan dipasarkan, tetapi Huawei menyenaraikan 20 negara yang akan menerimanya. Tetapi Malaysia tidak terdapat di dalam senarai tersebut. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb Huawei Watch.

huawei watch - 6 rekaan berbeza

Apa komen anda?