Huawei Mate S tidak berseorangan di hari pelancaran esok

Share Button

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Huawei Malaysia akan melancarkan phablet terbaru mereka, Huawei Mate S di Malaysia esok, 27 Oktober 2015. Tetapi nampaknya bukan ini sahaja yang akan diperkenalkan esok. Dijangka dua lagi peranti akan turut sama bergandingan dengan Mate S, iaitu peranti kelas pertengahan Huawei G8 dan juga tablet berkuasa tinggi Mediapad M2.

Perkara ini dapat dilihat menerusi lamanweb DirectD, salah satu kedai yang menjual peranti di Kuala Lumpur. Mereka telah membuka pra tempahan Huawei G8 dan Mediapad M2, yang datang bersama tawaran khas. Kedua-dua peranti ini dijual di Malaysia pada harga RM1,499 termasuk GST.

Huawei G8 - Life has n replay

Untuk pratempah awal Huawei G8 di DirectD, pembeli akan menerima diskaun RM50 semasa pembelian, casing Huawei G8 dan headset Bluetooth. Kesemua ini bernilai RM349. Huawei G8 ditawarkan dalam dua warna, Kelabu dan Perak, dan boleh ditempah di sini.

Manakala pra tempah tablet Huawei Mediapad M2 pula, memberikan pembeli hadiah percuma berupa diskaun RM50 serta headset penapis aktif bunyi bising dari Harmon Kardon, semuanya bernilai RM649. Mediapad M2 boleh ditempah dalam warna Emas, di sini.

Huawei Mediapad M2 Gold depan belakang

Huawei G8 adalah telefon pintar dengan skrin TFT 5.5-inci HD penuh (1920×1080). Ia dikuasakan CPU Qualcomm Snapdragon 615 8-teras, bersama 3GB RAM dan 32GB storan. Huawei G8 mempunyai dua slot kad sim, yang menyokong 4G LTE. Badan Huawei G8 diperbuat dari besi sepenuhnya, dengan kaca lengkung 2.5D di depan.

Kamera utama Huawei G8 mempunyai resolusi 13MP dengan dwi-tona LED Flash dan penstabil imej optikal (OIS). Kamera depan pula 5MP dengan fokus tetap. Bateri Huawei G8 berkapasiti 3,000mAh dan ia menjalankan sistem operasi Android 5.1 Lollipop bersama antaramuka EMUI 3.1. Pengimbas capjari terletak di belakang Huawei G8, yang boleh juga digunakan sebagai butang mengambil gambar dengan pantas.

 

Tablet Mediapad M2 memiliki badan diperbuat dari besi juga, dan dikuasakan CPU buatan Huawei sendiri, iaitu Kirin 930 8-teras. Dari laman DirectD, kelihatan Malaysia akan menerima versi premium, dengan 3GB RAM dan 32GB storan, bersama pilihan tambahan kad mikroSD. Skrin Mediapad M2 menggunakan paparan IPS sebesar 8-inci, beresolusi HD Penuh (1920×1080).

Kameranya datang dengan 8MP autofokus bersama LED Flash di belakang, dan 2MP fokus tetap di depan. Tenaga Mediapad M2 dijana dari bateri berkapasiti 4,800mAh. Ia menjalankan sistem operasi Android 5.1 dengan antaramuka EMUI 3.1.

Apa yang membezakan Mediapad M2 dari yang lain, adalah sistem audionya, direka dengan kerjasama Harman Kardon. Ia mempunyai dua pembesar suara di depan, yang dijana dari cip Codec Hi6402 dan amplifier pintar serta teknologi Huawei SWS2.0.

 

 

Comments

Trackbacks

  1. […] to TheSkop, DirectD, one of the biggest gadget retailers in the country has opened pre-orders for the Huawei […]

Apa komen anda?