Harga iPhone 6s dan 6s Plus naik RM800 berbanding dulu

Share Button

KEMASKINI: Selepas pengumuan harga Digi, Maxis pula papar harga iPhone 6s berbeza
KEMASKINI 2: Apple Store Malaysia sahkan harga sama seperti Digi

Penantian telah berakhir. Kini, rakyat Malaysia dapat mengetahui harga jualan telefon pintar terbaru Apple, iaitu iPhone 6s dan 6s Plus secara rasmi. Harga iPhone 6s dan 6s Plus ini diketahui dari laman tempahan Digi, untuk yang mendaftar minat sebelum ini.

Pada pelancarannya di Amerika Syarikat, Apple mengekalkan harga iPhone 6s sama seperti harga iPhone 6 pada hari pertama jualannya. Tetapi di Malaysia, melihatkan kadar tukaran Ringgit Malaysia yang merudum, ia memberi kesan kepada harga iPhone 6s yang baru ini.

Senarai harga yang diumumkan Digi adalah seperti di bawah ini:

iPhone 6s
16GB – RM3,199
64GB – RM3,699
128GB – RM4,199

iPhone 6s Plus
16GB – RM3,699
64GB – RM4,199
128GB – RM4,699

Senarai harga yang diumumkan Maxis pula adalah seperti di bawah ini:

iPhone 6s
16GB – RM3,099
64GB – RM3,599
128GB – RM4,099

iPhone 6s Plus
16GB – RM3,599
64GB – RM4,099
128GB – RM4,499

 

Perbandingan harga iphone 6s Digi dengan iPhone 6 di hari pertama pelancaran:

iPhone 6
16GB –
RM2,399 (+RM800)
64GB – RM2,749 (+RM950)
128GB –  RM3,149 (+RM950)

iPhone 6 Plus
16GB – RM2,749  (+RM950)
64GB – RM3,149  (+RM1050)
128GB –  RM3,549  (+RM1150)

Ok kan harga ni? Tak lah melampau sangat macam harga AP Set iPhone 6s dua minggu lepas yang kami bagitau kat sini kan?

iPhone 6s dan 6s plus rose gold di sisi

[SUMBER: Digi, Maxis]

 

Comments

Trackbacks

  1. […] Harga asal iPhone 6s dan 6s Plus di sini [Harga iPhone 6s dan 6s Plus] […]

  2. […] yang dipaparkan di Apple Store Malaysia ini, kelihatan sama seperti yang diumum Digi malam tadi. Tiga jenis storan, dengan empat pilihan warna diperlihatkan di Apple Store Malaysia. […]

  3. […] tempahan hari pertama iPhone 6s dan 6s Plus di Malaysia. Lebih tepat lagi, Digi adalah yang pertama mengumumkan harga iPhone 6s dan 6s Plus secara rasmi di […]

Apa komen anda?