Harga Blackberry PRIV terdedah di Amerika menghampiri iPhone 6s Plus

Share Button

KEMASKINI: Harga pra-tempah baru dipaparkan USD699 (~RM3015) dengan tarikh penghantaran 6 November 2015

Pasti ramai ternanti-nanti pelancaran Blackberry PRIV, peranti pertama Blackberry dikuasakan sistem operasi Android. Perkara paling utama, berapakah harga telefon pintar premium Blackbery ini?

Persoalan utama ini terdedah, apabila ia dikesan terpapar di lamanweb Blackberry sendiri, yang kemudiannya telah dipadam. Menurut pendedahan itu, Blackberry PRIV akan berharga USD749 (~RM3188), sama seperti harga iPhone 6s Plus di Amerika Syarikat.

harga blackberry priv terdedah 001

Selain dari harga, terpapar tarikh mula jualannya, dan juga spesifikasi penuh Blackberry PRIV. Ia akan mula dijual di Amerika Syarikat pada 26 November 2015, sebulan lebih sikit dari sekarang. Kalau betul ni, mungkin ia akan sampai Malaysia sebulan lepas tu.

Bercakap tentang spesifikasi, Blackberry PRIV mempunyai skrin OLED 5.4-inci, dengan resolusi QuadHD (2560×1440). Skrinnya juga lengkung di sisi, dengan perlindungan kaca Corning Gorilla Glass 4.

Seperti diketahui ramai, ia mempunyai papankekunci luncur, yang tersimpan di belakang skrin. Sama seperti Blackberry Torch dulu-dulu. Papankekunci ini juga mempunyai fungsi touchpad, macam yang ada di Blackberry Passport.

harga blackberry priv terdedah 002 harga blackberry priv terdedah 003

Blackberry PRIV akan menggunakan CPU Qualcomm Snapdragon 808, bersama 3GB RAM dan 32GB storan, serta tersedia slot kad mikroSD. Baterinya berkapasiti 3,410mAh, yang menjanjikan jangka hayat sekitar 22.5 jam untuk penggunaan biasa.

Kamera Blackbery PRIV kelihatan hebat, dengan sensor 18MP, dwi-tona LED Flash, autofokus pengesanan fasa (PDAF) dan diiktiraf Schneider-Kreuznach. Kamera depannya yang dikatakan 2MP, tidak pula disebut dalam pendedahan ini.

Walaupun dikuasakan Android dengan akses penuh ke Google Playstore dan servis Google, Blackberry tidak melupakan fungsi terhebatnya, Blackberry Hub ke dalam PRIV. Ia juga datang dengan Blackbery Calendar dan DTEK, aplikasi keselamatan ciptaan Blackberry untuk Android.

Harga yang terdedah ini, melihatkan Blackberry PRIV sangat mahal, berbanding Blackberry Passport yang berharga USD599 pada hari pelancaran. Jika Blackberry Passport dijual di Malaysia pada harga RM2,399 pada hari pelancaran, adakah Blackberry PRIV akan mencecah harga iPhone 6s Plus di Malaysia, iaitu RM3,699?

harga blackberry priv terdedah 004 harga blackberry priv terdedah 005 harga blackberry priv terdedah 006 harga blackberry priv terdedah 007

[SUMBER: 1, 2]

Trackbacks

  1. […] Amerika Syarikat, tempahan PRIV telah dibuka pada harga USD699 (~RM3015)~, sedikit lebih mahal dari iPhone 6s 16GB, iaitu USD649 […]

Apa komen anda?