Hadiah misteri menanti pembeli terawal iPhone 6s di U Mobile

Share Button

Jualan iPhone 6s akan bermula di Malaysia tengah malam esok. Semakin hampir ke masa jualan, semakin banyak tawaran datang mencurah-curah. Seperti yang akan U Mobile lakukan ni.

U Mobile tidak membuka tempahan awal untuk jualan hari pertama iPhone 6s. Sebaliknya U Mobile kekal dengan cara tradisional, iaitu beratur untuk membeli. Siapa cepat, dia dapat model yang dia nak. Tapi paling best, ada hadiah istimewa untuk pembeli yang terawal beratur.

Khas untuk 300 orang pertama, yang mendaftar iPlan U Mobile, dan memuat turun aplikasi MYUmobile, mereka akan dapat menyertai cabutan bertuah, yang dijamin akan mendapat hadiah. Apliksi MYUMobile boleh dimuat turun di Google PlayStore atau Apple Appstore.

Apakah hadiahnya? Ini tidak diketahui lagi. Tapi dengar khabar, U Mobile memperuntukkan 50 iPhone sebagai hadiah cabutan bertuah. Berbaloi ke datang awal dan beratur, untuk dapatkan iPhone percuma ni? Mungkin iPhone laa.

beratur untuk iPhone 6s di U Mobile

U Mobile akan membuat jualan pertama iPhone 6s dan 6s Plus, di Berjaya Times Square esok, 15 Oktober 2015. Kaunter beratur akan dibuka pada jam 6 petang, tetapi jualan akan bermula pada jam 12 tengah malam.

U Mobile menawarkan iPhone 6s dan 6s Plus, bersama iPlan U Mobile dengan komitmen dari serendah RM40 sebulan. U Mobile juga menyediakan kemudahan ansuran, Flexi U MicroCredit serta tebus jual peranti lama kepada iPhone 6s.

U Mobile Flexi Microcredit iPhone 6s

Untuk membandingkan semua pelan telko iPhone 6s, rujuk artikel kami bertajuk Perbandingan Harga Tawaran telko bagi iPhone 6s dan 6s Plus.

Apa komen anda?