GrabCar Jawab Isu Teksi Tahan Pemandu

Share Button

Gambar dari laman FB Kami membantah Uber dan GrabcarGambar dari laman FB Kami membantah Uber dan Grabcar

Ekoran kejadian yang menimpa pemandu GrabCar semalam, pihak yang mengeluarkan aplikasi tersebut mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan terhadap pemandu kenderaan persendirian oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan kebimbangan di kalangan pemandu serta pengguna aplikasi itu.

Semalam, sekumpulan pemandu-pemandu teksi menyamar menempah kereta dari aplikasi GrabCar dan kemudiannya bertindak mengepung seorang pemandu setelah tiba yang dikatakan menjejaskan mata pencarian mereka.

“Kami tidak memandang ringan serangan itu dan percaya pihak berkuasa secara aktif harus tidak menggalakkannya.” kata wakil aplikasi GrabCar atau dikenali MyTeksi.

Kenyataan sama menyebut, sebagai sebuah industri, adalah penting untuk memahami bahawa pengguna mahu kedua-dua jenis perkhidmatan dan ia adalah sebab mengapa GrabCar wujud. “Di rantau ini sebagai contoh, pihak berkuasa Singapura dan filipina memahami kehendak pasaran dan mempunyai rangka kerja kawal selia yang melindungi kepentingan keseimbangan pengguna dan fleksibiliti yang diperlukan untuk inovasi dalam industri pengangkutan awam.”

“Pelbagai pilihan perkhidmatan membantu meringankan halangan yang wujud dalam industri seperti kekurangan pilihan pengangkutan terutama pada waktu puncak. Dengan meningkatkan jenis pilihan pengangkutan kepada pengguna dan menjadikannya lebih selamat dan lebih mudah, kami telah membantu untuk membangunkan industri ini secara keseluruhannya.” Kata wakil GrabCar tersebut.

Comments

  1. suzie

    Pengguna ada hak untuk memilih perkhidmatan kenderaan sediaada. Sudah tentu perkhidmatan yang menawarkan harga berpatutan dan kualiti yang baik menjadi pilihan. Perkhidmatan teksi sediaada banyak mendapat komen negatif daripada pengguna selain penipuan harga tambang, sikap kebanyakan pemandu seperti gangster, keadaan dalam teksi yang kotor dan berbau, penampilan pemandu teksi sendiri yang kadangkala tidak kemas dan sistem hawa dingin yang tidak berfungsi dengan baik menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna.
    Walaupun banyak rungutan dan aduan telah dibuat, ianya masih tidak banyak berubah. ini menyebabkan pengguna beralih arah kepada servis alternatif lain yang lebih baik dan berpatutan.

Apa komen anda?