Galaxy Note5 tiba dengan dua warna baru Hitam Sapphire dan Perak Titanium

Share Button

Samsung Galaxy Note5 yang tiba di Malaysia awal bulan lepas dalam dua warna, hari ini diumumkan ketibaan dua lagi warna tambahan. Selepas menerima respon yang sangat menggalakkan dari Malaysia, Samsung Malaysia kini membawakan warna Hitam Sapphire dan Perak Titanium untuk pasaran Malaysia.

Samsung Galaxy Note5 hitam belakang depan Samsung Galaxy Note5 Perak Silver belakang depan

Kini Galaxy Note5 boleh didapati dalam warna Emas Platinum, Putih Mutiara, Hitam Sapphire dan Perak Titanium. Harga Galaxy Note5 untuk keempat-empat warna ini masih kekal pada RM2,699 termasuk GST.

Untuk menarik minat lebih ramai pembeli, Samsung kini mengadakan jelajah pameran di bandar-bandar utama Semenanjung Malaysia. Pelbagai tawaran menarik menanti pembeli Galaxy Note5 di jelajah pameran tersebut. Rujuk jadual di bawah untuk lokasi dan tarikh jelajah.

Jadual jelajah pameran Galaxy Note5

Samsung juga mengadakan promosi tukar-beli Galaxy Note yang lama, kepada Galaxy Note5. Malah, telefon pintar yang lain turut diterima dalam program tukar-beli ke Galaxy Note5 ini. Rujuk lamanweb Tukar-Beli Galaxy Note5 untuk maklumat lanjut.

Hadiah percuma pembeli Galaxy Note5Hadiah percuma menanti pembeli di pameran jelajah Galaxy Note5Harga tukar-beli Galaxy Note lama ke Note5Harga tukar-beli Galaxy Note lama ke Note5

Galaxy Note5 membawakan banyak fungsi baru, terutama pada S-pen yang menjadi tanda utamanya. Ia mempunyai spesifikasi dalaman serta rupa luaran yang sama seperti Galaxy S6, dengan sedikit perbezaan seperti 4GB RAM dan skrin 5.7-inci QuadHD. Bahagian kaca di belakangya pula menggunakan kaca lengkung di sisi dengan bingkai diperbuat daripada besi.

 


Apa komen anda?