Fungsi Android diperlihat dalam previu Blackberry PRIV

Share Button

Pasti ramai yang telah mendengar, peranti yang bakal diperkenalkan Blackberry tidak lama lagi, iaitu Blackberry PRIV akan menggunakan sistem operasi Android. ia akan menjadi telefon pintar pertama Blackberry berasaskan Android.

Blackberry PRIV juga adalah telefon pintar pertama Blackberry dengan skrin lengkung di sisi, seperti Galaxy S6 edge. Tetapi ia lebih dari itu, kerana ia mempunyai papankekunci yang tersimpan di belakang skrin, atau panggilannya yang lebih popular, slider.

Blackberry PRIV previu - menaip keyboard

Blakcberry PRIV akan mempunyai akses penuh ke stor aplikasi Google PlayStore, serta boleh menggunakan semua servis Google. Walaupun Blakcberry OS10 sebelum ini boleh dipasang semua aplikasi Android, tetapi ia menggunakan stor aplikasi Amazon, serta tiada akses ke servis Google dengan lengkap.

Untuk memberi lebih gambaran, atau video tentang gandingan Blackberry dan Android ini, Blackberry telah mengeluarkan previu Blackberry PRIV. Apa yang menarik, Blackberry Hub turut kelihatan pada sistem operasi Android ini.

 

Sama seperti di Blacberry Passport, PRIV turut dilengkapi ‘Touchpad Keyboard‘, papankekunci yang boleh berfungsi sebagai touchpad di permukaannya. Skrinnya yang boleh dilungsur untuk menyembunyikan papankekunci ini, bersaiz 5.4-inci yang lengkung di sisi, serta beresolusi Quad HD.

Di dalamnya, ia dikuasakan CPU Snapdragon 808, bersama 3GB RAM. Kamera belakangnya beresolusi 18MP dengan lensa Schneider-Kreuznach. Kamera depan pula 5MP sahaja. Baterinya berkapasiti 3,410mAh, dijangka mampu memberi tenaga seharian lamanya.

Blackberry PRIV previu - sisi depan

Blackberry PRIV dijangka mula dijual pada November akan datang, dengan pendaftaran minat telah dibuka di lamanweb Blackberry sendiri. Mungkinkah ini adalah peranti Android paling selamat? Mampukah ia menarik minat pengguna Android? Adakah ia akan diterima baik oleh pengguna Blackberry OS10 sedia ada?

Blackberry PRIV logo cun

Apa komen anda?