Exabytes bawa EasyStore dan EasyParcel ke Taiwan bersama MDeC

Share Button

Exabytes Network Sdn Bhd (Exabytes) hari ini mengumumkan akan memperkenalkan EasyStore, pusat sehenti e-dagang serta EasyParcel, pusat sehenti logistik mereka, ke Taiwan. Ia diumumkan bersempena penyertaan Exabytes di E-Commerce Expo Asia 2015 yang diadakan di Taipei, Taiwan pada 6 – 9 Oktober 2015.

Easystore dan Easyparcel, menyertai pasukan yang dibawa oleh Multimedia Development Corporation (MDeC), menyertai pameran di E-Commerce Expo Asia 2015. Ia adalah platform yang paling sesuai untuk Exabytes mengembangkan perniagaan mereka ke Taiwan, menurut CEO dan Pengasas Exabytes, Chan Kee Siak.

Pengasas dan CEO Exabytes Chan Kee SiakCEO dan Pengasas Exabytes, Chan Kee Siak

Tambah Chan lagi, Exabytes menghargai sokongan yang diberikan MDeC, untuk mewakili Malaysia ke platform Global dan membawa industri e-dagang Malaysia ke peringkat lebih tinggi.

Easystore adalah salah satu produk utama Exabytes di Malaysia dan rantau ASEAN. Ia menyediakan penyelesaian e-dagang setempat, kepada peniaga tempatan. Kini, ia membuka lembaran perniagaan baru ke Taiwan.

Walaupun transaksi membeli-belah dilakukan dalam talian, ia masih memerlukan produk dihantar dari satu tempat, kepada pembeli. Untuk peniaga e-dagang di Taiwan yang tidak biasa dengan logistik di Malaysia, pasti dapat mempergunakan servis EasyParcel untuk menghantar produk kepada pembeli di Malaysia.

EasyParcel adalah portal setempat, yang memberi pilihan kepada peniaga, untuk membandingkan dan mendapatkan harga penghantaran dari pelbagai syarikat logistik di Malaysia, seperti PosLaju, Skynet, Airpak, Nationwide Express dan lain-lain.

Melalui penyertaan Exabytes di E-Commerce Expo Asia 2015, ia bakal memberi ruang kepada peniaga e-dagang di Taiwan untuk memasuki pasaran ke Malaysia, serta peniaga e-dagang Malaysia ke Taiwan.

Lebih banyak maklumat boleh didapati di lamanweb Easystore dan EasyParcel.

Trackbacks

  1. […] post Exabytes bawa EasyStore dan EasyParcel ke Taiwan bersama MDeC appeared first on […]

Apa komen anda?