Diskaun OPPO Care untuk pemilik baru OPPO siri R7

Share Button

Tawaran istimewa untuk pengguna telefon pintar OPPO siri R7. Bukan untuk telefon tapi untuk menjaga telefon dari musibah yang tidak dijangka.

Dari 19 Oktober hingga 31 Oktober 2015, OPPO menawarkan diskaun langganan OPPO Care, kepada pembeli telefon pintar OPPO siri R7 (R7 Plus, R7 dan R7 Lite). Harga biasa OPPO Care ialah RM98, tetapi dengan tawaran ini, ia menjadi RM68 sahaja.

OPPO Care COVER

OPPO Care menawarkan perlindungan tambahan dari waranti biasa. Ia meliputi masalah seperti kerosakan akibat terjatuh, termasuk ke dalam air dan beberapa masalah lain. Harga biasa OPPO Care ialah RM68 untuk peranti berharga di bawah RM1200, dan RM98 untuk peranti lebih dari RM1200.

Pembeli teleofn pintar siri R7 yang baru, boleh menikmati perlindungan tambahan ini pada kadar diskaun, dengan melengkapkan pendaftaran OPPO Care dalam masa 15 hari dari tarikh belian telefon.

OPPO Care turut menawarkan baikpulih percuma jika kos membaikpulih tidak lebih dari 85% harga sebenar telefon. Jika lebih, perbezaan harga perlu ditanggung pengguna.

Jika pengguna tidak pernah membuat tuntutan sepanjang langganan OPPO Care, pengguna boleh mendapatkan diskaun 75% untuk pembelian OPPO Care, pada telefon pintar baru yang lain.

Apabila telefon bermasalah, pengguna boleh membuat tuntutan OPPO Care dengan mudah. Pertama, hubungi khidmat pelanggan OPPO Care di talian 1800-88-6776 dalam masa 24 jam, dan kunjungi pusat servis OPPO berhampiran. Bawa bersama telefon pintar, resit kad waranti dan kad OPPO Care dalam masa 72 jam untuk menerima baikpulih secara percuma.

Pengguna telefon pintar OPPO yang lain turut boleh melanggan OPPO Care. Hanya pergi ke mana-mana Stor Konsep OPPO untuk melanggan OPPO Care. Belian dari pengedar sah OPPO yang lain turut boleh didaftarkan di Stor Konsep OPPO. Hanya bawa dokumen berkaitan seperti resit dan kad waranti.

Terma dan syarat penuh tentang OPPO Care, boleh dirujuk di sini.

OPPO CARE poster for R7 series

Apa komen anda?