Digi sedia lancarkan VoLTE di Malaysia tahun depan

Share Button

Jika minggu lepas Digi mengumumkan memiliki liputan 4G LTE terluas di Malaysia, minggu ini pula Digi membuat pengumuman memulakan ujian Voice-over-LTE (VoLTE – Suara melalui LTE) di lapangan, melalui rangkaian 4G LTE terluas mereka.

VoLTE adalah teknologi yang membawakan panggilan suara melalui rangkaian 4G LTE. Panggilan suara mudahalih di Malaysia, buat masa ini masih menggunakan rangkaian 2G dan 3G sahaja. Jalurlebar 4G yang lebih tinggi, menjadikan ia lebih ideal untuk membawa suara panggilan berkualiti tinggi.

VoLTE juga boleh membawakan fungsi penghapusan bunyi bising, tetapi ia bergantung kepada kemampuan peranti, samada menyokong fungsi ini atau tidak.

VoLTE turut membenarkan pengguna menggunakan internet seperti melayari lamanweb, atau menonton Youtube, sambil membuat panggilan suara melalui rangkaian 4G LTE. Rangkaian 2G & 3G tidak membenarkan fungsi ini, ia memperlahankan kelajuan internet jika terdapat panggilan masuk.

Jika ujian VoLTE ini diselesaikan mengikut jadual, pelanggan Digi boleh menjangkakan fungsi VoLTE diaktifkan di rangkaian Digi, sekitar tahun 2016. Digi akan terus mengekalkan fungsi panggilan di rangkaian 2G &3G, bagi pelanggan yang tidak mempunyai akses ke rangkaian 4G.

Untuk maklumat lanjut tentang Digi dan keluasan rangkaian 4G LTE mereka di Malaysia, layari lamanweb digi.my/4GLTE

Infografik Digi VoLTE Okt 2015

Trackbacks

  1. […] dijanjikan setahun yang lepas, Digi akhirnya mengaktifkan fungsi panggilan melalui LTE (Voice over LTE – VoLTE) […]

  2. […] 4G LTE-A, Digi juga kini dalam ujian untuk membawakan servis Suara-melalui-LTE (Voice-Over-LTE atau VoLTE) serta Suara-melalui-Wifi (Voice-over-Wifi atau […]

Apa komen anda?