Digi pemilik rangkaian 4G LTE terluas Malaysia

Share Button

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini mengumumkan, mereka mempunyai rangkaian 4G LTE terluas di Malaysia. Dijangkakan, 1 dari 2 orang pelanggan Digi di Malaysia, berhubung ke rangkaian terpantas mereka.

Digi merancang untuk menambah sehingga 1,500 tapak pencawang sebelum akhir tahun ini. Menurut Digi Ceo, Albern Murty menerangkan, Digi telah mengembangkan rangkaian 4G LTE ‎di 28 bandar utama dan pekan di seluruh negara. Digi memiliki rangkaian 4G LTE melalui dua band spektrum, 1800Mhz & 2600Mhz.

info 4G LTE Digi di Malaysia 20151012

 

Sepanjang tiga tahun lepas, digi membelanjakan RM2.3 bilion dalam CAPEX, dan tambahan RM900 juta lagi tahun ni, untuk mengukuhkan rangkaian mereka. Ini termasuk menggandakan rangkaian 4G LTE mereka di tempat tumpuan ramai.

Menurut Digi, mereka kini memiliki rangkaian 4G LTE terluas di Malaysia. Ia merangkumi 50% kawasan berpenduduk, di samping 87% liputan 3G di Malaysia.

pakej lengkap Digi 4G LTE Music stream percuma dengan Digi - band

 

 

Trackbacks

  1. […] memaklumkan mereka memiliki liputan 4G LTE terluas di Malaysia, mengatasi Digi yang mengatakan mempunyai 50% liputan 4G LTE beberapa minggu […]

  2. […] minggu lepas Digi mengumumkan memiliki liputan 4G LTE terluas di Malaysia, minggu ini pula Digi membuat pengumuman memulakan ujian Voice-over-LTE (VoLTE – Suara […]

  3. […] baru-baru ini turut mengumumkan, memiliki liputan 4G LTE terluas di Malaysia. Mungkin ini adalah pasangan terbaik untuk iPhone 6s […]

Apa komen anda?