Digi juga tawarkan cara cepat dan mudah miliki iPhone 6s

Share Button

Digi membuka pendaftaran minat untuk iPhone 6s minggu lepas, tetapi hari ini Digi turut serta dalam pertarungan tempahan hari pertama iPhone 6s dan 6s Plus di Malaysia. Lebih tepat lagi, Digi adalah yang pertama mengumumkan harga iPhone 6s dan 6s Plus secara rasmi di Malaysia.

Dari laman tempahan iPhone 6s Digi, kelihatan Digi menawarkan iPhone 6s dan 6s Plus bersama kontrak menerusi Digi SmartPlan. Digi Smartplan datang dengan dua jenis pilihan, lebih data internet ataupun lebih panggilan dan SMS.

Harga iPhone 6s Plus Rose Gold Digi SmartPlan 50 High Data

Kesemua pelan ditawarkan bersama kontrak 12 atau 24 bulan, mengikut jenis pelan yang dilanggan. Digi turut memberi rebat tambahan RM200, untuk langganan pelan SmartPlan 98, 148 atau 238.

Pelanggan juga boleh membuat bayaran peranti secara terus, bersama bayaran pendahuluan. Ataupun memilih untuk membayar secara ansuran, mengikut jangka masa kontrak.

Seperti Maxis, Digi juga akan mengadakan penghantaran ekspres tengah malam pada 16 Oktober 2015. Tawaran ini terbuka hanya untuk tempahan di Stor Digi Online. Tetapi ia terhad kepada 300 unit tempahan pertama, serta kepada pembeli di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.

Tetapi usah khuatir. Untuk semua tempahan lain yang dibuat sebelum 15 Oktober 2015, pembeli akan mendapat peranti mereka dalam masa 1 hari bekerja untuk lokasi penghantaran di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor, atau 2 ke 3 hari bekerja untuk lokasi penghantaran yang lain.

Rebat MNP Digi iPhone 6s

Selain ini, Digi juga menawarkan rebat kepada pelanggan yang bertukar dari rangkaian lain, ke rangkaian Digi. Rebat sehingga RM300 diberikan, dalam bentuk potongan bil selama 10 bulan.

Untuk maklumat lanjut tentang kontrak Digi Smartplan bersama pembelian iPhone 6s atau 6s Plus, layari laman tempahan iPhone 6s Digi. Di bawah ini adalah sebahagian senarai harga iPhone 6s dan 6s Plus bersama Digi Smartplan.

Harga iPhone 6s dengan kontrak Digi SmartPlan Harga iPhone 6s Plus dengan kontrak Digi SmartPlan

Trackbacks

  1. […] tawaran mereka untuk jualan hari pertama iPhone 6s pada 16 Oktober 2015. Berbeza dengan Maxis dan Digi yang membuka tempahan dalam talian, U Mobile dilihat tidak membuka tempahan dalam talian, melainkan […]

Apa komen anda?