Dell tampil bergaya dengan laptop premium XPS 13 dan XPS 15

Share Button

Watak utama dalam majlis pelancaran laptop terbaru Dell, adalah siri XPS yang kini diberi nafas baru CPU Intel Core generasi ke-6 aka Skylake, bersama sistem operasi Windows 10. Siri XPS yang terkenal ultra-ringan, ultra-nipis dan tahan lasak ultraman, didatangkan di dalam skrin 13 dan 15 inci.

Kedua-dua XPS 13 dan 15 yang baru, kini dilengkapi skrin InfinityEdge dengan bezel yang sangat nipis. Ia dilindungi badan yang ultra ringan, diperbuat dari sebongkah aluminium yang tahan lasak, dan dipadankan dengan papan kekunci diselaputi fiber karbon, agar tangan kekal sejuk walapun lama menaip.

Sambungan tanpa wayarnya menyokong WiFi 802.11ac, bersama Bluetooth 4.1 dan serasi dengan Miracast.

Untuk sambungan wayar, ia dilengkapi teknologi baru Thunderbolt 3 dengan kepantasan penghantaran data setinggi 40Gbps, serta pebagai guna seperti digunakan untuk pengecasan keluar dan masuk, serta sambungan paparan VGA, HDMI, Ethernet dan USB-A menerusi adaptor yang dijual berasingan. Selain itu, ia juga memiliki port USB 3.0 yang boleh digunakan untuk mengecas peranti walaupun laptop terpadam.

Dell XPS 13 dan 15 - dipamerkanDell XPS 13 dan 15 - sisi nipis

 

XPS 13

Badan XPS 13 yang kecil, sama besarnya seperti laptop bersaiz 11-inci yang biasa. Ia boleh dilengkapi skrin sentuh UltraSharp QuadHD+ (3200×1800) dilindungi kaca Conring Gorilla Glass NBT, ataupun skrin HD penuh (1920×1080). Beratn keseluruhannya, hanya sekitar 1.2kg sahaja.

Dell XPS 13 - diperaga model

XPS 13 datang dengan pilihan CPU Intel Core Generasi ke-6, iaitu Core i3, i5 atau i7. Grafiknya dikendalikan oleh Intel HD Graphics 520. Ia menggunakan RAM LPDDR3 1866Mhz dalam kapasiti 4GB, 8GB atau 16GB. Storannya pula menggunakan SSD berkapasiti dari 128GB sehingga ke 1TB.

Bateri XPS 13 mampu bertahan memainkan video sehingga 12 jam untuk skrin HD Penuh, dan 8 jam untuk skrin QHD+. Untuk melayari web, ia boleh bertahan sehingga 18 jam untuk skrin HD Penuh, dan 11 jam pada skrin QHD+.

XPS 13 datang dengan papankekunci berlampu dan touchpad precision diperbuat dari kaca. Ia boleh mula dibeli melalui lamanweb Dell Malaysia, pada harga bermula dari RM4,999 termasuk GST.

 

XPS 15

Jika skrin 13-inci tidak mencukupi, XPS 15 menawarkan skrin lebih besar, dengan fungsi sama hebat dalam XPS. Walaupun bergitu, badan XPS 15 mempunyai saiz sama seperti laptop 14-inci biasa. XPS 15 datang dalam pilihan skrin HD Penuh 15.6-inci (1920×1080), atau skrin sentuh UltraHD 4K 15.6-inci (3840×2160) yang diperteguh dengan kaca Corning Gorilla Glass NBT.

Dell XPS 15 - dipamerkan

Dilengkapi CPU Intel Core Generasi ke-6, ia boleh dipilih antara Core i3, i5 atau i7 selaju 3.5GHz. XPS 15 menggunakan RAM DDR4 yang lebih pantas, berkelajuan 2133MHz dengan saiz 8GB, 16GB atau 32GB. Storannya boleh digabungkan hibrid antara HDD dan Flash, ataupun menggunakan SSD sehingga 1TB. Grafiknya boleh dipilih antara Intel HD Graphics 530, atau NVIDIA GeForce GTX 960M dengan 2GB GDDR5.

XPS 15 boleh memainkan video HD sehingga 9 jam pada skrin HD Penuh bersama storan SSD, dan 7 jam pada skrin UHD 4k dan storan SSD. Manakala pelayaran internet, boleh dilakukan selama 17 jam dengan skrin HD Penuh dan SSD, atau 10 jam pada skrin 4K UHD dan SSD.

XPS 15 datang dengan papankekunci berlampu dan touchpad precision diperbuat dari kaca. Ia akan mula dijual melalui lamanweb Dell Malaysia sekitar pertengahan Oktober 2015, pada harga bermula dari RM6,699 termasuk GST.

 

Gambar XPS 13

Dell XPS 13 - depan buka Dell XPS 13 - tutup Dell XPS 13 - sisi kiri Dell XPS 13 - sisi kanan Dell XPS 13 - fiber karbon di papankekunci dan touchpad kaca Dell XPS 13 - tutup sisi kiri Dell XPS 13 - tutup sisi kanan

 

Gambar XPS 15

Dell XPS 15 - depan buka Dell XPS 15 - belakang Dell XPS 15 - fiber karbon di papankekunci dan touchpad kaca Dell XPS 15 - sisi kiri Dell XPS 15 - sisi kanan

Apa komen anda?