Dell Laptop & AIO baru dilengkapi Intel Skylake dan Windows 10

Share Button

Turut sama dalam pesta CPU Intel Skylake, ialah pelancaran model baru laptop daripada Dell. CPU Intel Core generasi ke-6, kini boleh didapati daripada Dell menerusi pelbagai model siri Inspiron, Vostro dan XPS.

Selain dilengkapi CPU Intel Skylake, kesemua laptop terbaru Dell turut dikuasakan sistem operasi terbaru, Windows 10. Pelancaran ini membuktikan komitmen Dell memberikan perkhidmatan terbaik di samping perkakas terkini. Dell adalah antara pengeluar terawal menggunakan CPU Intel generasi ke-6 bersama Windows 10.

Antara model baru yang dipertontonkan kepada media di majlis pelancaran tersebut adalah, PC semua-dalam-satu Inspiron 24 siri 3000 & 7000, laptop 2-dalam-1 Inspiron 13 & 15 siri 7000, Inspiron 15 siri 7000, Inspiron 14 & 15 siri 5000, serta Vostro 14 siri 5000.

Laptop baru Dell Inspiron Vostro XPS diperaga model

 

PC semua-dalam-satu Inspiron 24 siri 3000 & 7000

PC semua-dalam-satu (AIO) dapat menjimatkan ruang dengan pembesar suara dan perkakas CPU dimuatkan terus ke dalam monitor. Inspiron 24 siri 7000 AIO yang baru, dilengkapi kamera 3D dengan teknologo Intel RealSense. Ia boleh digunakan untuk pengecaman wajah secara 3D, selain merakam gambar secara 3D juga. Skrin sentuh bersaiz 23.8-inci padanya, boleh ditegakkan sehingga 68-darjah, atau diletak rata di atas meja seakan tablet.

Inspiron 24 siri 3000 AIO juga dilengkapi skrin sebesar 23.8-inci, dengan paparan IPS beresolusi HD Penuh (1920×1080). Ia didatangkan bersama papankekunci dan tetikus tanpa wayar. Kedua-dua PC AIO ini dilengkapi CPU Intel Core generasi ke-6.

Inspiron 24 siri 7000 AIO dengan Intel RealSense dijual pada harga bermula RM5,499 manakala Inspiron 24 siri 3000 AIO pula berharga RM3,399. Kesemua harga termasuk GST. Kedua-dua siri AIO ini datang dengan jaminan terhad selama 3 tahun.

PAUTAN: Inspiron 24 3000 AIOInspiron 24 7000 AIO

Pelancaran Dell Skylake - Dell Inspiron 24 3000 AIO Gambar produk - Dell Inspiron 24 3000 AIO Gambar produk - Dell Inspiron 24 7000 AIODell Inspiron 24 7000 AIO boleh dilipat menjadi seperti tablet

Pelancaran Dell Skylake - Dell Inspiron 24 7000 AIO RealSense Kamera Intel RealSense pada Inspiron 24 7000 AIO

 

Inspiron 13 & 15 siri 7000 2-dalam-1

Laptop pelbagai guna 2-dalam-1 boleh digunakan dalam pelbagai mod seperti tablet, laptop, khemah dan mod berdiri. Teknologi True Color didatangkan siap ke dalam siri 7000 2-dalam-1, memberikan warna lebih hidup ke dalam skrin IPSnya.

Laptop Inspiron 13 siri 7000 2-dalam-1 datang dengan rekaan baru seperti sisi yang melengkung, tempat letak tapak tangan diperbuat dari besi serta touchpad potongan berlian.

Laptop Inspiron 15 siri 7000 2-dalam-1 pula menampilkan rekabentuk dan keteguhan aluminium yang diberus, dengan fungsi lebih baik serta jangka hayat bateri lebih panjang.

Laptop Inspiron 13 siri 7000 2-dalam-1 boleh dibeli pada harga bermula dari RM2,899 manakala Inspiron 15 siri 7000 2-dalam-1 pula bermula dari RM3,899.

PAUTAN: Inspiron 13 7000 2-dalam-1Inspiron 15 7000 2-dalam-1

Gambar produk - Dell Inspiron 13 7000 2-dalam-1Inspiron 13  7000 2-dalam-1 mod Berdiri

Gambar produk - Dell Inspiron 15 7000 2-dalam-1Inspiron 15 7000 2-dalam-1 mod Laptop

Pelancaran Dell Skylake - Dell Inspiron 15 7000 2-dalam-1Inspiron 15 7000 2-dalam-1 mod Khemah

 

Inspiron 15 siri 7000

Disasarkan untuk belia muda remaja serta pelajar yang inginkan laptop berprestasi tinggi, untuk kegunaan multimedia, kerja sekolah dan keperluan bermain game. Inspiron 15 siri 7000 yang dilengkapi CPU Intel Core generasi ke-6, turut hadir dengan CPU NVIDIA bersama RAM 4GB GDDR5. Ia juga datang dengan pilihan skrin sentuh UHD 4K. Sistem penyejukan pintar mampu memanjangkan hayat bateri sambil tidak mengganggu permainan.

Laptop Inspiron 15 siri 7000 akan mula dijual di Malaysia sekitar pertengahan Oktober, dengan harga bermula dari RM3,999.

Gambar produk - Dell Inspiron 15 7000 Gambar produk - Dell Inspiron 15 7000 kiri kanan

 

Inspiron 14 & 15 siri 5000

Laptop Dell Inspiron siri 5000 memberikan rekaan yang menarik bersama fungsi seperti paparan beresolusi tinggi, papankekunci yang selesa ditaip berjam-jam lamanya, bateri yang tahan lama dan prestasi tanpa wayar yang hebat. Skrin sentuh boleh dilengkapkan pada skrin HD Penuh bersaiz 15-inci (Inspiron 15) atau skrin HD 14-inci (Inspiron 14 & 15).

Selain prestasi dan rekabentuk menarik, ia juga datang dengan pilihan empat kemasan warna yang menawan iaitu Standard Black, Theoretical Gray, Alpine White dan Sky Blue. Laptop Inspiron 14 dan 15 siri 5000, dijual pada harga bermula dari RM2,699.

PAUTAN: Inspiron 14 5000, Inspiron 15 5000

Gambar produk - Dell Inspiron 14 5000 belakang sisi Gambar produk - Dell Inspiron 15 5000 depan sisi Gambar produk - Dell Inspiron 15 5000 sisi

 

Vostro 14 siri 5000

Direka untuk profesional yang sering bergerak dan mahukan prestasi kelas perniagaan, vostro 14 siri 5000 yang baru tampil dalam badan senipis 19mm. Ia kini diperkenalkan dalam dua warna menawan, Ear Grey dan Jingled Gold, dalam kemasan badan aluminium. Baterinya boleh bertahan sehingga 9 jam, dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti pengimbas capjari yang serasi dengan Windows 10.

Vostro 14 siri 5000 serba baru ini akan mula dijual di Malaysia pada penghujung Oktober, dengan harga bermula dari RM2,299.

Gambar produk - Dell Vostro 14 5000 Gambar produk - Dell Vostro 14 5000 bertugas

 

Semua produk Dell yang baru dilancarkan ini, boleh dibeli sekarang di lamanweb Dell Malaysia, melainkan diberitahu waktu jualannya. Ia juga akan boleh didapati di kedai dan wakil pengedar sah Dell, beberapa minggu kemudian. Kesemua produk ini datang dengan Windows 10 dan CPU Intel Core generasi ke-6.

Apa komen anda?