Data SIRIM mengesahkan kemunculan Moto X Play

Share Button

Jika anda mengimpikan untuk memiliki telefon pintar terbaru Motorola, iaitu Moto X Play, ia mungkin akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Rakan kami di SoyaCincau memaklumkan penemuan Moto X Play dengan nombor model XT1562, dalam pengkalan data SIRIM.

Di dalam data SIRIM, ia menyatakan pengesahan Moto X Play dilakukan oleh Brightstar, yang selama ini menjadi pengedar rasmi peranti Moto di Malaysia.

Moto X Play di pengkalan data SIRIM

 

Pada Ogos lepas, Motorola mengumumkan dua model baru untuk siri Moto X, iaitu Moto X Style dan Moto X Play. Moto X Style memiliki skrin QuadHD 5.7-inci bersama CPU Snapdragon 808 yang berkuasa tinggi. Manakala Moto X Ply memiliki skrin HD Penuh 5.5-inci dan CPU peringkat pertengahan Snapdragon 615.

Moto X Play datang bersama 2GB RAM serta pilihan antara 16GB atau 32GB storan dalaman. Ia juga memiliki slot kad mikroSD untuk storan tambahan. Kamera belakangnya 21MP beserta dwi-tona LED Flash, manakala kamera depan 5MP.

Fungsi Moto X Play yang paling menarik perhatian adalah baterinya yang besar, berkapasiti 3,630mAh yang dijangka mampu bertahan sehingga 30 jam. Ia juga datang dengan selaput anti percikan.

Moto X Play menyokong rangkaian 4G LTE, dan menurut data di SIRIM, ia datang dengan dua slot kad sim. Beratnya 169 gram dengan ketebalan 10.9mm.

Di United Kingdom, Moto X Play dijual pada harga £279 (~RM1853) untuk storan 16GB dan £319 (~RM2118) untuk 32GB. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Moto X Play.

[SUMBER: 1, 2]

Moto X Play hitam depan sisi belakang

Moto X Play Shells

Trackbacks

  1. […] je awal bulan ni Moto X Play dikesan di SIRIM. Kali ini Moto X Style yang lebih bergaya pula muncul di pengkalan data SIRIM, menggunakan […]

Apa komen anda?