Dapatkan Lolliflash di ASUS Store dan mula berselfie sakan

Share Button

Pengamal selfie profesional kini boleh merakam gambar lebih menarik dan lebih cerah, menggunakan ASUS Lolliflash. ASUS Malaysia hari ini mengumumkan, ASUS Lolliflash telah mula dijual dalam talian, di ASUS Store Malaysia pada harga RM49 termasuk GST.

ASUS Lolliflash adalah LED FLash tambahan, yang boleh digunakan semudah memasukkannya ke port audio 3.5mm. Ia mempunyai dwi-tona LED Flash, menggabungkan suhu warna 2700K & 5000K, untuk memberikan warna yang lebih realistik di dalam gambar.

dwi-tona LED Flash di ASUS Lolliflash

ASUS Lolliflash dilengkapi bateri dalaman, yang boleh dicas menggunakan pengecas mikroUSB. Bateri dalamannya boleh bertahan sehingga 3 jam untuk penggunaan berterusan. Dianggarkan sehingga 3000 gambar boleh diambil dengan sekali cas.

Pancaran cahaya dari ASUS Lolliflash ini boleh ditetapkan pada 3 tahap kecerahan berbeza, dan tahap kecerahan tertingginya lebih cerah dari LED Flash biasa pada kamera telefon pintar lain. Sudut pancarannya juga boleh menjangkau sehingga 70-darjah lebar.

Selfie cerah dengan ASUS Lolliflash

Untuk menambah kemeriahan, ASUS menyertakan 3 warna penapis, iaitu putih, biru dan merah, untuk memberikan efek yang berbeza. Beratnya juga sangat ringan, hanya 8 gram untuk dibawa bersama ke mana jua.

ASUS Lolliflash dijual di ASUS Store Malaysia pada harga RM49, termasuk GST. Ia ditawarkan dalam 4 warna perumah berbeza iaitu merah, biru, putih dan kuning.

Empat Warna ASUS Lolliflash'merah biru putih kuning

Apa komen anda?