Dapatkan jemputan ke pelancaran Sony Xperia Z5 dan menangi hadiah

Share Button

Nampaknya telefon pintar dengan skrin 4K yang pertama di dunia, bakal menjejakkan diri ke Malaysia tidak lama lagi. Sony Malaysia hari ini telah membuka pendaftaran minat, untuk peminat mereka datang bersama menyaksikan pelancaran tiga model Xperia Z5 yang baru.

Xperia Z5 dual, Xperia Z5 Compact Dual yang lebih kecil, serta Xperia Z5 Premium Dual yang hadir dengan skrin 4K pertama di dunia, akan dilancarkan di Malaysia pada 29 Oktober 2015.

Xperia Z5 Premium - skrin UHD 4K

Pendaftaran ini boleh dilakukan menerusi laman Pendaftaran Minat Pelancaran siri Xperia Z5. Tempat yang ada sangat terhad, dan ia berdasarkan siapa cepat, dia dapat jemputan.

Sony menyediakan hadiah menarik untuk yang hadir. Cenderahati bernilai RM200 akan diberikan kepada semua yang hadir. Pelbagai cabutan bertuah dan hadiah lain menanti, dengan hadiah utama berupa telefon pintar Sony Xperia Z5 itu sendiri.

Pendaftaran minat ini akan ditutup pada 19 Oktober 2015. Bagi yang menerima jemputan yang akan dihantar melalui emel, mereka perlu memberi respon dan menempah tempat secara RSVP.

3 model Xperia Z5

Xperia Z5 diperkenalkan pertama kali di Pameran IFA 2015 di Berlin, Jerman. Tiga model diperkenalkan iaitu Xperia Z5 dengan skrin HD Penuh 5.2-inci, Xperia Z5 Compact dengan skrin HD 4.6-inci serta Xperia Z5 Premium dengan skrin UHD 4K sebesar 5.5-inci.

Kesemua Xperia Z5 ini datang dengan pengimbas cap jari di butang kuasa di sisi, serta kalis air dengan rating IP68. Baterinya juga dikatakan kekal bertahan lama, yang kini didatangkan dengan pengecasan pantas Qualcomm 2.0.

Xperia Z5 pengimbas capjari di sisi

Kameranya turut dipertingkatkan dengan menggunakan sensor Exmor RS 23MP di kamera belakang, beserta autofokus hibrid yang pantas (PDAF+CDAF). Ia turut dilengkapi penstabil imej dan video, serta boleh merakam video UHD 4K. Untuk maklumat lanjut tentang spesifikasi ketiga-tiga Xperia Z5 ini, boleh dirujuk di sini.

Setakat ini, belum ada pengumuman harga Xperia Z5 di Malaysia. Tetapi ia telah dibuka tempahan di United Kingdom, dengan harga GBP549 (~RM3,559) untuk Xperia Z5 Compact, GBP 599 (~RM3,882) untuk Xperia Z5 dan GBP 699 (~RM4,531) untuk Xperia Z5 Premium.

Sebarang pertanyaan tentang pendaftaran minat pelancaran Xperia Z5 ini, bolehlah hubungi talian khidmat pelanggan Sony Mobile di nombor 1800 88 7666, atau layari Facebook Sony Mobile MY.

 

Apa komen anda?