Daki Gunung Kinabalu lebih mudah di Google Street View

Share Button

Google mengumumkan kemaskini kepada Google Maps Malaysia, dengan melancarkan pemandangan Street View di lokasi menarik di Sabah. Sabah kini boleh dikunjungi secara maya dari seluruh dunia, secara terus menggunakan Google Stret View di Google Maps.

Tarikan utama pemandangan di Sabah, sudah pastinya Gunung Kinabalu. Ia merupakan tapak warisan UNESCO, yang didiami oleh pelbagai flora dan fauna. Bunga gergasi terbesar dunia, Rafflesia boleh ditemui di sekitar Gunung Kinabalu.

Google Street View mendaki Gunung Kinabalu

Google merakam pemandangan di Sabah, menggunakan peralatan Street View Trekker. Ia direka seakan sebuah beg yang boleh disandang di belakang, dan dilengkapkan dengan sistem kamera Street View.

Selain Gunung Kinabalu, pemandangan lain di Sabah yang boleh dilihat termasuk Pulau Kapalai, Pulau Mabul dan Pulau Mantanani. Ia kini menyertai senarai pemandangan lain di Malaysia, yang boleh ditonton secara maya seperti Taman Negara Mulu, Taman Negara Pahang, Pulau Pangkor serta Pulau Langkawi.

Google Maps Street View - Malaysia Highlights

Di dalam Google Maps, di kawasan yang terdapat ‘Street View’, imejnya boleh diakses dengan mengheret ikon berwarna jingga ‘Pegman’ kebahagian sebelah kanan peta, menuju ke atas jalan berwarna biru. Di dalam Google Maps pula, orang ramai boleh mencari destinasi tempatan atau menerusi akses kepada imej Street View, melalui karusel imej (imagery carousel) yang terdapat di bawah skrin.

Layari maps.google.com.my atau lancarkan aplikasi mudahalih Google Maps di peranti pintar untuk memulakan pengembaraan.

[SUMBER]

 

Apa komen anda?