Cara paling mudah dan cepat membeli iPhone 6s di Maxis

Share Button

Harga iPhone 6s telah pun diumumkan secara rasmi. Kini mulalah perang harga pelan dan kontrak syarikat telekomunikasi. Salah satu syarikat yang paling lantang mempromosi iPhone 6s ini adalah Maxis.

Maxis tahun ini menawarkan satu lagi acara unik untuk memiliki iPhone 6s, tetapi dengan mudah dan pantas. Tahun lepas, Maxis mengadakan Midnight Express, penghantaran iPhone 6 kepada pembeli pada hari pertama jualan, kali ini Maxis membuat acara yang dipanggil Penghantaran Ekspres 24 Jam Maxis. Hampir sama, tetapi lebih besar.

24 hours Maxis Express untuk dapatkan iPhone 6s

Kepada semua pembeli yang membuat tempahan pada hari ini, 9 Oktober 2015, Maxis menjanjikan penghantaran pada 16 Oktober 2015 kelak, dalam masa 24 jam atau sepanjang hari tersebut. Tidak kiralah di mana jua anda berada, Maxis PASTI akan menghantarnya. Tak percaya, boleh rujuk di sini.

Jika tempahan anda tidak sampai ke tangan dalam masa 24 jam, Maxis akan memulangkan semula wang anda. Cukup menarik? Kalau nak uji penghantaran Maxis ni, bolehlah cuba pergi tempat-tempat yang pelik dan sukar nak dijejaki dalam Malaysia.

Atau jika anda rasa sangat sibuk dan tidak sempat menunggu iPhone 6s yang diidamkan tiba, anda boleh pergi sendiri mengambilnya di salah satu dari 40 pusat servis Maxis. Yang ini juga Maxis jamin PASTI dapat pada hari pertama jualan. Cuma, kena pastikan tempahan dibuat hari ni, 9 Oktober. Terdapat 3 pusat servis Maxis yang akan dibuka pada tengah malam 16 Oktober nanti iaitu KLCC, Danga Bay Johor Bahru dan All Seasons Place Pulau Pinang. Rujuk senarai penuh serta waktu dibuka, pusat pengambilan iPhone 6s Maxis di bawah ini.

Pusat Kutipan Ekspress Maxis iPhone 6s 3am

 

Kalau tak sempat buat tempahan hari ini, usah khuatir juga. Maxis nak pastikan pembeli tidak membuang masa mencari di mana terdapat stok iPhone 6s ni. Maxis akan menyediakan satu lamanweb khas yang dipanggil RealView, yang memaparkan senarai stok yang terdapat di Pusat Servis Maxis. Ia boleh diakses di www.maxis.com.my/realview.

Seterusnya, Maxis menawarkan pembelian iPhone 6s dan 6s Plus dengan dua jenis kontrak. Hanya pelan iValue ditawarkan untuk kontrak 12 bulan. Pelan iValue Simple dengan komitmen bulanan RM50 menawarkan iPhone 6s dari RM2,844 dan iPhone 6s Plus RM3,269. Pengguna perlu membayar wang pendahuluan RM500, yang akan dipulangkan dalam masa 5 bulan.

Manakala kontrak selama 24 bulan pula, ditawarkan bersama pelan iValue dan juga MaxisONE, yang datang dengan panggilan dan SMS tanpa had. Pelan MaxisONE 128 menjadikan harga iPhone 6s dari serendah RM1,990 dan 6s Plus RM2,415. Tetapi ia memerlukan bayaran pendahuluan RM500, yang akan diberikan semula dalam bentuk bil selama 4 bulan. Semua harga yang disebut ini, tidak termasuk cukai 6% GST.

Jangan lupa untuk segera membuat tempahan iPhone 6s dan 6s Plus yang diidamkan di lamanweb iPhone 6s Maxis sekarang. Rujuk jadual harga jualan bersama pelan dan kontrak Maxis, di bawah ini.

Harga iPhone 6s Maxis kontrak 24 bulan Harga iPhone 6s Maxis kontrak 12 bulan

Trackbacks

  1. […] mengumumkan tawaran mereka untuk jualan hari pertama iPhone 6s pada 16 Oktober 2015. Berbeza dengan Maxis dan Digi yang membuka tempahan dalam talian, U Mobile dilihat tidak membuka tempahan dalam talian, […]

Apa komen anda?