Cara paling mudah akses Facebook dan Google di China

Share Button

Pasti ramai rakyat Malaysia yang telah melancong ke China. Terdapat banyak barangan yang murah, boleh didapati di China. Negara China juga sangat luas, dengan banyak tempat menarik boleh dilawati, terutama sekali Tembok Besar China. Tetapi tahukah anda, media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram malah semua servis Google seperti Youtube, Maps dan Gmail tidak boleh digunakan langsung di China?

Untuk mengawal penggunaan internet dari disalahguna (ada maksud lain ni), kerajaan China telah memasang sistem yang dikenali sebagai Great Firewall of China. Sistem ini menghalang kebanyakan media sosial antarabangsa, daripada diakses dari dalam negara China.

Grat Firewall China blok Facebook Youtube

Sebagai pelancong atau membuat lawatan kerja ke China, pastinya penting untuk mendapatkan akses ke media sosial. Apatah lagi, rakyat Malaysia adalah antara pengguna media sosial paling aktif di dunia.

Kerana itu, ramai yang cuba mencari cara untuk mengatasi masalah halangan ini. Antara yang selalu diperkatakan adalah menggunakan Virtual Private Network (VPN). Ia boleh didapati dengan murah, tetapi sukar untuk mencari VPN yang boleh berfungsi sepenuhnya, tanpa sekatan kelajuan juga. Malah, tetapan yang rumit perlu dibuat sebelum dapat digunakan.

Perayauan Data China - 001

Sebenarnya, cara paling mudah untuk mengatasi masalah sekatan ini, ialah dengan mengaktifkan perayauan data atau roaming. Bawa kad sim Malaysia anda ke China, dan nikmati penggunaan internet tanpa halangan melalui perayauan data.

Caj perayauan data di China mungkin agak mahal, berbanding mendapatkan VPN. Tetapi ia jauh lebih mudah, dan boleh digunakan secara terus melalui Wifi Hotspot.

Empat syarikat telekomunikasi utama di Malaysia, menawarkan perayauan data di China. Digi menawarkannya pada RM36 sehari. Manakala Celcom dan Maxis sama-sama mengecas RM38 sehari. U Mobile pula memberi tawaran terendah, RM30 sehari untuk perayauan data.

Digi, Celcom dan U Mobile memberikan perayauan data tanpa had di China. Manakala Maxis, hanya memberikan kuota 500MB sehari.

Jadual caj perayauan data di China

Sebagai contoh, cara paling murah dan mudah untuk perayauan data di China ialah dengan prabayar U Mobile. Hanya pastikan baki lebih dari RM50, dan perayauan data boleh diaktifkan. Sebagai contoh, jika mahu menggunakannya selama 4 hari, kiraannya seperti berikut:

  • Pek permulaan – RM8.50
  • Kredit Minima – RM50
  • Caj sehari x hari penggunaan – RM 30 x 4 = RM120
  • Jumlah keseluruhan – RM178.50

pek permulaan prabayar POWER U Mobile

Jumlah yang perlu dibelanjakan ialah RM178.50, dengan RM50 kredit boleh digunakan semula  apabila pulang ke Malaysia. Jika anda pengguna pascabayar U Mobile, tidak perlu minima RM50 ini, terus gunakan perayauan data dengan caj hanya RM30 sehari, atau RM120 untuk 4hari.

Lebih menarik lagi, perayauan data ini boleh dikongsikan secara Wifi hotspot atau MiFi, dan digunakan bersama 5 peranti lain. Tablet, laptop, telefon pintar rakan, semua ini boleh berkongsi internet melalui satu kad sim yang diaktifkan perayauan data, menggunakan WiFi Hotspot.

Wifi Hotspot dan powerbank untuk perayauan data China

Cara paling mudah membuat Wifi Hotspot ini ialah, pinjam satu telefon pintar android yang tidak digunakan, atau beli yang termurah, bersama powerbank 10,000mAh. Pasti ia mencukupi untuk memberi internet sepanjang hari.

Bermakna, semuanya tiada halangan untuk akses ke media sosial. Maka tangkaplah gambar dan terus muat naik ke Facebook, Twitter atau Instagram. Gunakan peta di Google Maps untuk mencari jalan dan tonton Youtube tanpa had juga. Uber juga terdapat di kebanyakan bandar utama di China, maka tidak perlu pening memikirkan pengangkutan serta wang tunai.

UBER di China dengan perayauan data

Nikmati percutian atau membuat tugasan dalam lawatan kerja tanpa perlu lagi risaukan sekatan Great Firewall of China. Tapi jangan sibuk sangat dengan telefon, sampai lupa untuk bertegur sapa dan beramah mesra dengan penduduk tempatan di sana.

Di bawah ni, kami belanja sikit gambar semasa berada di Shenzhen dan Beijing, China.

Perayauan Data China - 008Lobi Hotel Renaissance Beijing Wangfujing

Perayauan Data China - 010Dessert makan tengahari di hotel

Perayauan Data China - 021Makan malam sate kambing di Restoran Muslim China

Perayauan Data China - 020Air tin Coca-cola dan Sprite

Perayauan Data China - 019Pintu belakang Kota Larangan di Dataran Tiananmen

Perayauan Data China - 015Salah satu dewan di dalam Kota Larangan di Dataran Tiananmen

Perayauan Data China - 016Cubaan mengangkat tong besi purba di Kota Larangan

Perayauan Data China - 022Salah satu pusat membeli-belah di Beijing, China

Trackbacks

  1. […] penggunaan perayauan data antarabangsa, ikuti pengalaman kami menggunakannya di Australia, dan juga di China. Paling bagus sekali, perayauan data di China membolehkan penggunaan servis Google sepenuhnya, […]

Apa komen anda?