Buka Kotak ZTE Axon Elite

Share Button

Telefon pintar ZTE kurang dikenali di Malaysia, tetapi ia agak popular di Amerika Syarikat. Baru-baru ini, ZTE kembali ke pasaran Malaysia, dengan melancarkan 4 telefon pintar baru berasaskan Android. Salah satu darinya adalah telefon pintar berkuasa tinggi, Axon Elite.

Walaupun berwarna putih dengan tiada perkara menarik di luar, kotak Axon Elite mempamerkan satu perkara yang agak menonjol. Terdapat ruang lutsinar yang mempamerkan kamera belakang Axon Elite. Bukan satu, tapi dapat dilihat dua lensa kamera.

Buka Kotak ZTE Axon Elite - belakang

Apabila kotak dibuka, ia mempamerkan badan belakang telefon, satu perkara yang berbeza dengan kebanyakan susunan kotak telefon lain. ZTE dilihat cuba mempamerkan dua kamera belakang yang ada ada Axon Elite.

Axon Elite yang ada pada kami ini berwarna emas, atau dipanggil Ion Gold. Warna emas ini dapat dilihat jelas dari belakang badan telefon. Tetapi ia kelihatan seperti plastik. Pertama kali memegangnya, memang terasa plastik. Walaupun di lamanweb ZTE mengatakan ia diperbuat dari aluminium.

Buka Kotak ZTE Axon Elite - dalam kotak belakang

Selain dari dua kamera di belakang, terdapat dua juga dua LED Flash di tepi kamera, dan pengimbas cap jari di bawah kamera. ZTE juga cuba membuat sedikit perbezaan, apabila mengenakan kemasan seakan kulit di bahagian atas dan bawah, belakang telefon ini.

Melihat di bawah telefon, hanya port mikroUSB 2.0 kelihatan. Di atas pula, ada port audio 3.5mm sahaja.

Di sisi kanan telefon, terdapat butang kuasa. Di sisi kiri, ada butang kawalan bunyi di tengah, dan slot kad sim dan kad memori di atasnya. Slot ini boleh dibuka dengan mencucuk jarum pin. Jarum pin yang ZTE sediakan ini sangat menarik. Ia mempunyai casing getah, yang boleh diikat pada rantai kunci. Lebih selamat dan senang disimpan.

Buka Kotak ZTE Axon Elite - slot kad sim dan mikroSD

Slot ini mempunyai dua ruang, dengan ruang pertama untuk kad sim bersaiz nano, dan ruang kedua pula berkongsi antara kad sim bersaiz nano dan kad memori mikroSD.

Di depan, dapat dilihat skrin bersaiz 5.5-inci, yang disalut kaca Corning Gorilla Glass 4. kamera depan 8MP terletak di ats, dan di bawah terdapat butang kapasitif di luar skrin. Hanya butang Home dapat dilihat, yang diwakili bulatan. Manakala butang Back dan Recent Apps diwakili garisan sahaja.

Pembesar suara terletak di depan, di bawah butang kapasitif. Ia tidak kelihatan kerana tersorok oleh rekaan segitiga yang terdapat di atasnya.

Buka Kotak ZTE Axon Elite - set lengkap dalam kotak

Seterusnya, terdapat dokumen bercetak iaitu kad waranti dan panduan pengguna terletak di bawah telefon. Di bawah dokumen bercetak ini, tersimpan pula aksesori lain.

ZTE melengkapkan Axon Elite dengan headfon yang kelihatan Elite, tersimpan kemas di dalam kotak. Ia dilengkapi mikrofon serta butang kawalan.

Buka Kotak ZTE Axon Elite - headfon dalam kotak lawaBuka Kotak ZTE Axon Elite - Kepala Pengecas USB

Axon Elite datang dengan fungsi pengecasan pantas Qualcomm. Untuk itu, ia mempunyai pengecas yang mempunyai output 5V pada 1.5A, atau 9V pada 1.5A. Ia dipadankan dengan kabel mikroUSB 2.0 berwarna putih.

Tonton dengan lebih dekat, buka kotak ZTE Axon Elite dalam video kami di bawah ini.

 

Buka Kotak ZTE Axon Elite - depanBuka Kotak ZTE Axon Elite - depan atas Buka Kotak ZTE Axon Elite - depan bawah Buka Kotak ZTE Axon Elite - atas audio Buka Kotak ZTE Axon Elite - bawah mikroUSB Buka Kotak ZTE Axon Elite - depan kanan Buka Kotak ZTE Axon Elite - depan kiri Buka Kotak ZTE Axon Elite - belakang kamera led flash pengimbas capjari Buka Kotak ZTE Axon Elite - belakang bawah kemasan kulit

 

Apa komen anda?