Buat kerja sama-sama bila-bila mana-mana dengan Microsoft Office 2016

Share Button

Dalam satu kajian oleh Microsoft Asia Pasifik, pekerja profesional di Malaysia mahu bekerja ikut suka mereka. Bermaksud, ikut masa yang fleksibel dan di mana jua tanpa perlu ke pejabat.

Tetapi realitinya, mereka perlu juga ke pejabat, pada waktu pejabat, untuk membuat kerja. Ini kerana, segala keperluan kerja seperti perkakas dan dokumen, serta rakan kerja, berada di pejabat. Malah, ramai merasakan hanya di pejabat, produktiviti kerja dapat dioptimumkan.

Microsoft Office 2016 di Malaysia - statistik pekerja Malaysia

Kerana itu, pekerja profesional kini boleh melakukan tugas mengikut selera meraka dengan bantuan Microsoft Office 2016 yang baru dilancarkan ini. Office 2016 direka untuk kerjasama berpasukan, yang boleh dilakukan di mana jua di luar pejabat.

Suit aplikasi Office 2016 kini datang dengan versi desktop yang serba baru iaitu Word, PowerPoint, Excel, Outlook, OneNote, Project, Visio dan Access.

Fungsi baru yang luarbiasa, ada pada Office 2016 ini adalah seperti fungsi penulisan bersama, yang membolehkan lebih seorang pengguna, menulis dan membuat perubahan dokumen bersama-sama. Ia boleh dilakukan di dalam Word, PowerPoint dan OneNote.

Microsoft Office 2016 di Malaysia - Bruce Howe dan K Raman

Selain itu, Skype kini diterapkan terus di dalam aplikasi Office 2016, untuk pengalaman pengguna lebih menarik seperti berkongsi skrin kerja, bermesej terus atau berborak secara video.

Fungsi Tell Me bertindak sebagai pembantu peribadi, dan fungsi Smart Lookup dapat membuat carian, terus dari dalam aplikasi. Fungsi Sway pula dapat membantu membina paparan persembahan, yang berbeza dari PowerPoint.

Microsoft Office 2016 kini boleh didapati di Malaysia. Bagi pelanggan Office 365 sedia ada, mereka akan menerima naik taraf ke Office 2016 secara percuma. bagi yang mahu melanggan Office 365, ia berharga RM219.99 untuk Office 365 Personal yang datang dengan 1 lesen, atau dapatkan Office 365 Home berharga RM299.99 yang datang bersama 5 lesen. Ia boleh dibeli dalam talian di Stor Microsoft Online.

Jika tidak berminat dengan langganan tahunan dan mahu mendapatkannya dalam satu belian sahaja, ia dijual dalam versi Office Home & Business 2016 pada harga RM1,099. Manakala Office Home & Student 2016 pula berharga RM449.99. Kesemua harga ini termasuk GST.

Microsoft Office 2016 di Malaysia - Bruce Howe dan Ananthram Balakrishnan

Microsoft Office 2016 kini dijual oleh lebih 330 peniaga di seluruh Malaysia. Untuk menarik lebih minat, Microsoft mengadakan promosi khas Office 2016, di hujung minggu selama tiga minggu, di 13 kedai yang disenaraikan di bawah ini.

Pengunjung yang datang ke salah satu dari 13 kedai ini, boleh cuba memenangi pelbagai hadiah menarik dan eksklusif. Promosi ini akan berjalan pada 10 & 11 Oktober, 17 & 18 Oktober serta 24 & 25 Oktober 2015.

Senarai kedai promosi Office 2016

 

Apa komen anda?