Beli telefon OPPO dan pergi tengok Messi main bola di Camp Nou

Share Button

Peminat pasukan bolasepak FC Barcelona (FCB), kini berpeluang melihat sendiri pasukan kegemaran mereka beraksi di depan mata, semudah membeli telefon pintar OPPO.

Bermula dari 7 Oktober sehingga 31 Oktober 2015, pembeli telefon pintar OPPO berpeluang memenangi hadiah utama, sebuah telefon pintar OPPO R7 Plus edisi FCB, ataupun tiket untuk 2 orang ke Sepanyol menyaksikan FCB beraksi di stadium Camp Nou.

FB_IMG_1444141587737

Untuk menyertai peraduan ini, ada tiga langkah mudah.

1. Beli mana-mana telefon pintar OPPO dari Kedai Konsep OPPO atau pengedar berdaftar OPPO.
2. Ambil gambar anda bersama telefon pintar OPPO yang baru dibeli, bersama apa jua perkara yang terpapar FCB seperti bunting, poster, brosur dan apa jua.
3. Muat naik gambar tersebut ke Facebook dan sertakan hashtag #OPPOxFCB dan #OPPOMalaysia.

Hadiah yang disediakan untuk pemenang pertandingan ini adalah:

  • Pertama – 1x Lawatan 5 hari ke Barcelona, termasuk menyaksikan perlawanan bola sepak di Camp Nou
  • ‎Kedua – 1x Telefon Pintar OPPO R7 Plus Edisi FCB
  • Ketiga – 10x Powerbank Ultra-nipis iLike
  • Keempat – 10x T-shirt Fast & Furious Edisi Terhad‎

Pada 8 September lepas, OPPO meraikan kerjasama mereka bersama FC Barcelona, dengan melancarkan telefon pintar OPPO R7 Plus Edisi FC Barcelona di Beijing, China. Ia dijual di peringkat global, pada harga USD549 (~RM2415). Ini menandakan kerjasama selama tiga tahun antara OPPO dan FCB.

Kit Peminat R7 PLUS Edisi FC Barcelona

Untuk menarik lebih minat, OPPO menyediakan R7 Plus Edisi FCB yang lebih istimewa. Ia ditandatangani sendiri oleh pemain hebat FCB, iaitu Lionel Messi, Dani Alves dan Andres Iniesta.

Lekong OPPO R7 PLUS Edisi FCB sugn Messi di ebay

 

Telefon yang ditandatangan ini telah dilelong di Ebay, dan dijual pada harga USD7,100 (~RM31,2400). Kesemua hasil lelongan ini kemudian disalurkan ke Yayasan FCB.

Segera dapatkan telefon pintar OPPO dari pengedar sah, dan mula bergambar sakan bersama FCB untuk peluang menyaksikan sendiri Neymar jr beraksi depan mata.

OPPO R7 Plus edisi Barcelona belakang dengan modelOPPO R7 Plus edisi Barcelona depanOPPO R7 Plus edisi Barcelona belakang

Apa komen anda?