Baucer RM1000 bagi pembeli terawal iPhone 6s yang beratur di Digi

Share Button

Untuk meningkatkan lagi kemeriahan jualan hari pertama iPhone 6s dan 6s Plus, Digi nampaknya menambah tawaran untuk pembeli terawal iPhone 6s dan 6s Plus. Digi mengumumkan akan membuka pusat servisnya di tengah malam esok, khas untuk pembeli yang lebih gemar beratur secara fizikal, daripada senang lenang membuat tempahan dalam talian.

Selain dari rebat RM200 untuk langganan pelan SmartPlan terpilih, serta rebat tambahan sehingga RM300 untuk pelanggan yang bertukar dari rangkaian lain ke Digi, Digi turut menambah tawaran baucer diskaun sehingga RM1,000 dan beberapa hadiah lain. Tetapi tawaran baucer diskaun ini untuk pembelian secara fizikal di pusat servis Digi sahaja.

iPhone 6s di digi 16 oktobe 2015

Sebanyak 6 pusat servis Digi yang akan dibuka untuk menjual iPhone 6s dan 6s Plus pada tengah malam esok. Ia akan dibuka untuk jualan, dari jam 12 tengah malam sehingga jam 7 pagi, pada 16 Oktober 2015 . 6 pusat servis itu adalah seperti berikut:

  1. PETALING JAYA – No. 24, Jalan SS2/66, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
  2. KUANTAN – No. 91, Jalan Tun Ismail, 25000 Kuantan, Pahang.
  3. PULAU PINANG – 368-01-05 & 06, Bellisa Row, Jalan Burmah, 10350 Pulau Tikus, Penang.
  4. JOHOR BAHRU – Block 6 G-35, Danga Walk, Batu 4-1/2, Jalan Skudai, 80200 Johor Bahru, Johor.
  5. KOTA KINABALU – Lot 5/G3, Ground & First Floor, Api-Api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
  6. KUCHING – Lot 506-507, Section 6 KTLD, Jln Kulas Tengah, 93400, Kuching, Sarawak.

Digi baru-baru ini turut mengumumkan, memiliki liputan 4G LTE terluas di Malaysia. Mungkin ini adalah pasangan terbaik untuk iPhone 6s yang bakal anda beli nanti.

Untuk membandingkan semua pelan telko iPhone 6s, rujuk artikel kami bertajuk Perbandingan Harga Tawaran telko bagi iPhone 6s dan 6s Plus.

Apa komen anda?