Back To The Future II tiba hari ni – apa yang ada dan belum ada

Share Button

Masanya telah tiba. Marty Mcfly dan Doc Brown datang dari masa silam ke hari ini, dalam filem sains fiksyen yang ditayangkan kali pertama, pada tahun 1989. 26 tahun lepas, filem Back To The Future telah membayangkan apa yang akan berlaku di masa depan, dan masa depan itu adalah hari ini. Tetapi set masa di dalam filem adalah sekitar tahun 1985.

Banyak perkara yang diilhamkan tentang masa depan, dipaparkan dalam filem ini. Tapi apakah ia sama seperti hari ini?

Back To The Future II time machine

 

1. Kasut ikat sendiri – BELUM ADA, kalau yang jenis malas ikat, sarung terus, ni banyak

Back To the Future II - 1 kasut ikat sendiri

 

2. Hoverboard – Hampir ADA, paling popular ialah prototaip dari Lexus

Back To the Future II - 2 Hoverboard

 

3. Baju muat sendiri – BELUM ADA, atau boleh kira free saiz?

Back To the Future II - 3 baju muat sendiri

 

4. Baju kering sendiri – BELUM ADA, masih kena jemur atau hantar dobi keringkan

Back To the Future II - 4 Baju kering sendiri

 

5. Pemulihan kulit – BELUM ADA, tapi takat pembedahan plastik repair sikit-sikit ada laa

Back To the Future II - 5 Pemulihan kulit

 

6. Pizza kembang sendiri – BELUM ADA

Back To the Future II - 6 Pizza kembang sendiri

 

7. Sumber tenaga kitar semula – ADA, sampai Sweden terpaksa import sampah untuk hasilkan tenaga

Back To the Future II - 7 Sumber tenaga kitar semula

 

8. Filem JAWS 19 3D – belum sampai siri ni lagi, tapi filem 3D semakin mendapat tempat di pawagam

Back To the Future II - 8 Filem JAWS 19 3D

 

9. Peguam – MASIH ADA, mahkamah masih penuh dengan peguam

Back To the Future II - 9 Peguam

 

10. TV skrin rata – ADA, mungkin ini paling nyata

Back To the Future II - 8 TV skrin rata

 

11. Panggilan Video – ADA, semakin popular seperti Skype dan Apple Facetime

Back To the Future II - 11 Panggilan Video

 

12. Faks – MASIH ADA, tapi makin kurang, bukan makin banyak

Back To the Future II - 12 Faks

 

13. Kereta terbang – BELUM ADA, prototaip pun tak kelihatan lagi. Mungkin ini yang paling terasa ketiadaannya.

Back To the Future II - 13 kereta terbang

 

Apa komen anda?