Astro tambah lima saluran baru di Astro on the Go

Share Button

Pengguna Astro on the Go (AOTG) boleh menonton lebih banyak kandungan dalam talian, apabila Astro mengumumkan penambahan 5 lagi saluran, untuk tontonan di AOTG.

Lima saluran yang ditambah ke AOTG itu adalah Astro Quan Jia HD, KBS World, Astro Vinmeen HD, Star Vijay dan Go Shop 2.

pelbagai platform lima saluran baru Astro on the go AOTG

Saluran Astro Quan Jia HD menawarkan kandungan hiburan berbahasa Mandarin. Manakala KBS World adalah saluran hiburan santai dari Korea Selatan. Saluran Astro Vinmeen HD dan Star Vijay pula memberikan penonton rancangan hiburan dan program berbahasa Tamil.

Saluran Go Shop 2 adalah saluran tambahan kepada saluran Go Shop sedia ada, kini berbahasa Mandarin. Saluran Go Shop adalah saluran beli-belah bahasa Malaysia yang menyediakan ruang kepada pembeli melihat persembahan produk di dalam TV, sebelum membuat belian, samada menerusi panggilan ke talian bebas tol 1800 82 0088, atau di lamanweb www.goshop.com.my sendiri. Go Shop 2 menawarkan kandungan yang sama, daam bahasa Mandarin.

Go shop 2 di Astro on the Go AOTG

AOTG boleh ditonton di mana-mana menerusi peranti pintar, ataupun pelayar di komputer. Aplikasi mudahalih AOTG boleh dimuat turun di Goole Playstore atau Apple Appstore. Di komputer, buka sahaja pelayar dan pergi ke lamanweb www.astroonthego.com dan mula menonton.

Astro baru menambah fungsi muat-turun ke aplikasi mudahalih AOTG. Pengguna boleh memuat turun terlebih dahulu rancangan yang ingin ditonton, kemudian ditonton tanpa perlukan sambungan internet. Kemaskini aplikasi AOTG ke versi terkini untuk menggunakan fungsi muat turun ini.

Apa komen anda?