Astro lancar perkhidmatan tontonan serta-merta On Demand OD

Share Button

Astro, penyedia perkhidmatan satelit utama di Malaysia, melancarkan perkhidmatan baru, On Demand (OD). Dengan slogan ‘Pilih, Tonton, Serta Merta‘, OD membawakan pelbagai rancangan hebat yang kini, boleh ditonton bila-bila masa.

Astro membawakan konsep Astro on The Go (AOTG), yang sebelum ini hanya boleh digunakan di PC atau peranti, terus ke skrin besar televisyen pengguna melalui set-top box (STB) PVR Astro.

watak filem bergaya di pelancaran Astro OD

Dengan OD, pengonton boleh menyaksikan filem aksi terhebat Hollywood, hiburan terbaik Asia, siri-siri komedi, filem kegemaran kanak-kanak, filem yang mendebarkan, seram klasik serta drama-drama Korea terhangat dan juga ratusan siri animasi klasik dan terbaru Jepun, bila-bila masa mengikut kegemaran penonton.

Pelanggan OD boleh menonton seluruh episod rancangan hebat ini, secara sekaligus. Bayangkan anda boleh menonton kesemua lima musim rancangan Game of Thrones, dalam tempoh satu minggu sahaja!

STB Astro PVR Wifi

Pelanggan Astro boleh mendapatkan perkhidmatan OD, menerusi dekoder PVR yang disambungkan kepada Internet, ataupun menerusi aplikasi Astro on The Go (AOTG) di telefon pintar, laptop ataupun tablet. Bagi pengguna yang tidak melanggan Astro, mereka masih boleh menggunakan OD menerusi AOTG.

Astro turut mengumumkan satu fungsi baru AOTG, iaitu muat turun rancangan ke peranti mudah alih, untuk tontonan di luar talian.

Cara menggunakan Astro OD Free Plus Store

OD menawarkan tiga pilihan unik yang bersesuaian dengan setiap bajet dan juga pilihan tontonan, iaitu OD Free, OD Plus dan OD Store.

OD Free

Pelanggan Astro yang telah pun menyambung PVR mereka kepada Wi-fi di rumah boleh menikmati pelbagai rancangan kegemaran mereka secara percuma.

Pilih dan tonton episod dan musim terbaru siri TV popular seperti Empire, Scandal, The Walking Dead, Heroes Reborn, Quantico, The Tonight Show Starring Jimmy Fallon, Game of Thrones, The Blacklist, The Voice dan banyak lagi – semuanya bersiaran serentak dengan hari tayangan perdananya di Amerika Syarikat.

Juga, jangan lupa untuk menonton kembali episod terbaru rancangan-rancangan tempatan seperti Akademi Fantasia, Classic Golden Melody dan sebagainya.

OD Plus

Astro menyediakan akses on-demand kepada kandungan tempatan dan antarabangsa yang lebih hebat termasuklah filem blokbuster, siri lengkap drama bersiri TV dan juga rancangan kanak-kanak, pada hanya RM 15.90/sebulan.

Pilih dan tonton kesemua episode rancangan kegemaran anda secara pukal seperti Grey’s Anatomy, The Flash, Arrow, Gotham, How To Get Away With Murder, Agent Carter, Big Bang Theory dan filem-filem blockbuster Hollywood seperti koleksi lengkap Harry Potter dan trilogi The Lord of the Rings.

Pilih dan tonton episod rancangan kegemaran Korea seperti Infinite Challenge dan Just Married. Peminat animasi pula berpeluang memilih dan menonton serta merta judul terbaru Animax dari Jepun dan kanak-kanak boleh memilih dan menonton kesemua episod kegemaran mereka.

OD Store

Pelanggan boleh memilih dan membayar judul-judul terbaru yang ditayangkan di pawagam dan menontonnya serta merta – daripada Hollywood sehinggalah filem tempatan dan blokbuster Asia merangkumi pelbagai bahasa antarabangsa dan vernakular, termasuklah Melayu, Cina dan India.

Fast & Furious 7, The Avengers: Age of Ultron dan Inside Out serta Kapsul, Bravo 5, Jejak Warriors, Heart Attack dan The Killer boleh didapati di OD Store.

beli filem Star Wars di Astro OD

Untuk memberi peluang pelanggan Astro mencuba OD, mereka yang menyambungkan STB PVR Astro ke Internet sebelum 31 Januari 2016, akan menikmati akses percuma kandungan OD Plus selama 3 bulan kepada.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.watchod.com

 

Apa komen anda?