Apple Store Malaysia pamer harga iPhone 6s dan 6s Plus

Share Button

Selepas pengumuman bertalu-talu dari syarikat telekomunikasi tengah malam tadi, pagi inipula  stor dalam talian, Apple Store Malaysia mula menyenaraikan harga iPhone 6s dan 6s Plus. Ia turut mempamerkan harga baru untuk iPhone 6, 6 Plus dan juga 5s.

Harga yang dipaparkan di Apple Store Malaysia ini, kelihatan sama seperti yang diumum Digi malam tadi. Tiga jenis storan, dengan empat pilihan warna diperlihatkan di Apple Store Malaysia. Tetapi ia masih belum boleh dibeli. Mungkin jualan di Apple Store Malaysia akan bermula pada 16 Oktober 2015.

iPhone 6s dan 6s Plus, boleh didapati dalam kapasiti 16GB, 64GB dan 128GB. Manakala empat warna pilihan adalah Silver, Space Gray, Gold dan Rose Gold. Senarai lengkap harga ini boleh dilihat di bawah ini.

Jadual harga iPhone 6s 6 5s di Apple Store Malaysia

Dengan ketibaan iPhone 6s, menandakan pemergian model yang lama. Apple Store Malaysia dilihat masih menyenaraikan iPhone 5s untuk dijual. Tetapi hanya ada dua warna pilihan iaitu Space Gray dan Silver, dalam dua jenis kapasiti sahaja iaitu 16GB dan 32GB.

Sama juga untuk iPhone 6 dan 6 Plus. Kelihatan tiada lagi warna Gold dijual, meninggalkan hanya dua warna untuk dipilih iaitu Space Gray dan Silver. Kapasiti 128GB juga tidak disenaraikan lagi. Hanya kapasiti 16GB dan 64GB boleh dibeli dari Apple Store Malaysia.

Jika anda membuat pembelian iPhone 6s di Apple Store Malaysia, ia akan turut mencadangkan pembelian casing. Dua jenis casing dicadangkan iaitu casing kulit dan casing silikon. Terdapat lima warna pilihan untuk casing kulit, dan 11 warna untuk casing silikon, termasuk produk RED yang menyumbang kepada Yayasan Antarabangsa memerangi AIDS di Afrika.

iPhone 6s Plus Leather Case di Apple Store Malaysia iPhone 6s Plus Silicone Case di Apple Store Malaysia

Untuk iPhone 6s, harga casing silikon ialah RM169 dan casing kulit RM209 . Bagi iPhone 6s Plus, harganya sedikit mahal iaitu casing silikon RM189 dan casing kulit RM229.

Apple Store turut mencadangkan satu lagi aksesori, iaitu iPhone Lightning Dock. Ia boleh digunakan sebagai pengecas iPhone 6s sambil ditegakkan. Harga jualannya ialah RM229 dengan empat warna yang sama dengan iPhone 6s sendiri, iaitu Space Gray, Silver, Gold dan Rose Gold.

iPhone Lighting Dock di Apple Store Malaysia

Comments

  1. che ku nurasyikin

    Nak tanya sikit dekat apple store malaysia takde ke iphone 6plus yg 128gb n wrna gold? Agak-agak bila apple store malaysia mempamerkan iphone 6plus 128gb n wrna lain?.

Trackbacks

  1. […] 6s adalah telefon Apple paling mahal dijual di Malaysia. Ini kerana Ringgit Malaysia yang semakin lemah berbanding Dolar US kebelakangan […]

  2. […] pengumuan harga Digi, Maxis pula papar harga iPhone 6s berbeza KEMASKINI 2: Apple Store Malaysia sahkan harga sama seperti […]

Apa komen anda?