Aplikasi selfie B612 mencecah 100 juta muat turun

Share Button

Budaya selfie telah menjadi trend masakini, termasuk di Malaysia. Adakah anda menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk mencantikkan gambar, selepas merakamnya? Mungkin aplikasi B612 ini adalah salah satu pilihan anda.

LINE Corporation yang menghasilkan aplikasi kamera B612, hari ini mengumumkan aplikasi selfie B612 telah dimuat turun lebih 100 juta kali. Aplikasi B612 boleh dimuat turun secara percuma untuk platform iPhone, Android dan juga Windows phone.

muat turun 100 juta B612

B612 adalah aplikasi selfie, yang membolehkan pengguna mengubahsuai gambar dengan pelbagai efek dan filter. B612 dilancarkan pada Oktober 2014. Ia mencecah muat turun sebanyak 50 juta pada Mei 2015, dan kini lebih dari 100 juta muat turun.

Fungsi baru B612 iaitu ‘Selfie party in a box’, membolehkan rakan di lokasi berlainan, membuat kolaj video selfie bersama-sama. LINE memaklumkan akan menambah lebih banyak filter dan fungsi berkaitan selfie, untuk memberikan lebih banyak pengalaman menarik kepda pengguna.

Jangan terlebih sangat ubahsuai gambar tu, sampai rakan-rakan pun tak kenal di laman siber nanti.

Aplikasi B612 oleh LINE

Apa komen anda?