Apabila desktop bukan lagi macam biasa

Share Button

Acer Showcase - Acer Aspire Z3-700 atas meja

Bagaimana kalau kami katakan sebuah desktop bersaiz 17.3-inci boleh berubah menjadi tablet? Tak payah gosok mata kerana itulah yang anda semua boleh saksikan pada desktop Acer Aspire Z3 (Z3-700).

Besar memang besar tetapi ia masih mampu direka senipis 15.6mm dan berat pun hanya 2kg menyamai mana-mana laptop biasa di pasaran.

Ia juga desktop yang mempunyai bateri bertahan 5 jam sekiranya tiada kabel dicucuk di bahagian powernya.

Acer Showcase - Acer Aspire Z3-700 dalam tangan

Sama juga seperti desktop lain, ia menggunakan OS Microsoft tetapi kali ini dengan Windows 10 dengan dua klip di belakang dijadikan kaki ketika ia berfungsi sebagai desktop. Rekaannya yang kami lihat dengan mata sendiri agak cantik dan kemas.

Malangnya, ia hanya dikuasakan Intel Pentium N3700 atau Intel Celeron N3150/N3050 yang bukanlah sesuai untuk perkomputeran berat.

Acer Aspire Z3 menggunakan memori sehingga 8GB DDR3 manakala storan pula boleh didapati pada 32/60/128/256GB atau HD 500GB.

Sudah pastilah skrinnya boleh disentuh dengan 10 point sentuhan.

Acer Showcase - Acer Aspire Z3-700 dipegang belakang

Apa komen anda?