Akhirnya Maxis buka tempahan iPhone 6s dan 6s Plus

Share Button

Akhirnya Maxis membuat kenyataan rasmi tentang iPhone 6s. Kenyataan yang padat dan ringkas itu membawa satu mesej sahaja: Maxis akan menawarkan iPhone 6s dan iPhone 6s Plus, iPhone yang paling canggih.

Tetapi trend beratur panjang semalaman, tidak akan dapat dilihat pada jualan kali ini. Seperti tahun lepas, Maxis akan membuka tempahan jualan untuk mendapatkan iPhone 6s dan 6s Plus. Pembeli hanya perlu menunggu di rumah untuk iPhone 6s yang baru sampai ke tangan.

iPhone 6s dengan warna Rose Gold di Singapura

Tempahan awal iPhone 6s dan iPhone 6s Plus di Maxis, akan bermula pada hari Jumaat, 9 Oktober 2015. Tempahan ini hanya boleh dilakukan melalui Maxis Online Store di www.maxis.com.my/iphone6s sahaja.

Maxis tidak memberi sebarang makluman tentang saiz storan, warna mahupun harga iPhone 6s dan 6s Plus yang akan boleh ditempah. Tetapi Maxis memberikan tips untuk persediaan membuat tempahan kelak.

Pertama sekali, bakal pembeli perlu memiliki akaun Maxis Online. Ia boleh didaftarkan di lamanweb Maxis Online. Selepas selesai mendaftar akaun Maxis Online, cuba login akaun tersebut untuk memastikan akaun didaftar dengan tepat.

Seterusnya, jika anda pelanggan Maxis sedia ada, pastikan tiada bil tertunggak. Seperkara lagi, hanya akaun Talian Utama sahaja boleh membuat tempahan. Talian Tambahan hanya bole menempah iPhone 6s, dengan menukarnya ke Talian Utama. Untuk talian dari rangkaian lain serta Hotlink, pendaftaran talian Maxis boleh dibuat semasa tempahan dibuat kelak.

Buat masa ini, hanya Maxis dan Celcom yang mengumumkan tempahan sebenar iPhone 6s boleh dibuat pada 9 Oktober 2015. Digi dan U Mobile hanya membuka pendaftaran minat sahaja, dan belum mengumumkan tarikh mula tempahan.

siap sedia iphone 6s datang di Maxis

Apa komen anda?