Acer cipta ‘Lego’

Share Button

Acer Showcase - Acer Revo Build depan

Antara perkara paling berbaloi yang boleh dibeli menggunakan duit yang berkepuk-kepuk dalam poket ialah Acer Revo Build.

Ia adalah CPU yang sangat kecil dan juga pada masa sama bertindak sebagai pemain media.

Rekaan bertingkatnya mempunyai beberapa lapisan yang menempatkan Powerbank, pemacu cakera keras luaran, audio, kerangka PC utama da blok kad grafik. Konsep seakan lego tersebut sangat ringkas dan hanya mempunyai dimensi 135 x 135 x 56mm jauh berbeza dari konsep CPU biasa.

Ia mempunyai 3 x USB 3.0, HDMI, DisplayPort, pembaca kad SD dan jek audio.

OSnya pula Windows 10 dan mempunyai grafik Intel HD serta menyokong monitor yang mempunyai skrin HD penuh 1920 x 1080.

Prosesornya menggunakan Intel Pentium N3700 atau Intel Celeron N3150/N3050 dan ia mempunyai storan 32GB eMMC.

Pengecas di bahagian atas menyokong cas tanpa wayar dan kesemuanya dijual pada harga kira-kira RM900 saja.

Acer Showcase - Acer Revo Build cakera keras

Apa komen anda?