4GB data 4G LTE selama 4 bulan percuma untuk pelanggan MaxisONE

Share Button

Mungkin melihat persaingan semakin sengit, Maxis mengumumkan tawaran 4GB data tambahan, untuk pelan MaxisONE. Pelan MaxisONE menyediakan panggilan dan SMS tanpa had, dengan komitmen bulanan serendah RM98 sebulan.

Tawaran 4GB data tambahan ini diberikan kepada pelanggan MaxisONE sedia ada, dan juga pelanggan baru, dan ia ditawarkan dalam masa terhad. Hanya pelanggan sedia ada dan yang baru mendaftar dari 1 Oktober sehingga 30 November 2015 sahaja, layak menerima tawaran ini.

Pelan MaxisOne dengan 4GB tambahan

Perlu diambil perhatian, 4GB data tambahan ini dibahagikan sama rata selama 4 bulan, bermakna 1GB data percuma setiap bulan. Paling utama, data tambahan ini hanya boleh digunakan di dalam rangkaian 4G LTE sahaja. Jika anda berada di luar kawasan 4G, ia akan menggunakan kuota data biasa.

Untuk mengetahui anda menerima data tambahan ini, SMS akan dihantar untuk memaklumkan 1GB data percuma diberikan. SMS juga akan dihantar apabila 80% kuota percuma ini telah digunakan.

Maxis baru-baru ini sering mewar-warkan kehebatan rangkaian 4G mereka. Maxis telah menayangkan di website mereka, kelajuan masa nyata rangkaian 4G mereka di beberapa tempat di Malaysia. Pada masa artikel ini ditulis, kelihatan rangkaian Maxis di Sunway Pyramid, mempunyai kelajuan 143.24Mbps. Tetapi Johor Bahru mencatatkan hanya 34.06Mbps dan Kuching pula 28.8Mbps. Macam ok je ni.

Maxis Live Speedometer 20151006

Trackbacks

  1. […] RM512, serta harga peranti yang sama, tidak mengira komitmen bulanan. Maxis juga sedang mengadakan promosi data tambahan 1GB percuma selama 4 bulan, untuk penggunaan rangkaian 4G LTE sahaja. Khas untuk pelan MaxisONE sahaja. […]

Apa komen anda?