21GB data 4G mudahalih hanya RM85 dengan Celcom FIRST Basic 85

Share Button

Jika data mudahalih yang besar merupakan keperluan utama, mungkin tawaran terbaru Celcom ini terbaik untuk anda. Celcom baru sahaja memperkenalkan Pelan Internet FIRST Basic 85, yang memberikan sehingga 21GB data setiap bulan, dengan komitmen bulanan hanya RM85.

Pelan baru ini adalah berbeza dengan pelan FIRST Basic 85 yang datang dengan OPTIMISER. Pelan Internet FIRST Basic 85 yang baru ini memberikan 7GB data mudahalih, bersama 7GB data di Celcom WiFi yang boleh digunakan bila-bila masa. Lagi 14GB data pula (dan juga 14GB Celcom WiFi) hanya boleh digunakan pada waktu burung hantu, iaitu jam 2.00 AM sehingga 8.00 AM sahaja.

Celcom First Basic 85 21GB data

Pengguna pelan FIRST Basic 85 juga boleh membawa ke hadapan, data yang tidak habis digunakan sehingga maksima 7GB. Apabila kuota data habis digunakan, kelajuan akan dihadkan ke 64kbps sahaja.

Jika data sebanyak ini masih tidak mencukupi, ia boleh ditambah melalui Max Up dari serendah RM3 untuk 100MB. Tambahan 1GB dicaj RM15 manakala tambahan 5GB dicaj RM50 sahaja.

Celcom First Basic 85 Max Up

Untuk panggilan, ia tidak menyatakan dengan tepat cajnya. Tetapi SMS dan MMS dicaj 15 sen ke semua rangkaian. Jika penggunaan Celcom FIRST Basic 85 habis digunakan, barulah panggilan dan SMS dicaj 10 sen seminit dan setiap satu ke semua rangkaian.

Jika lebih banyak panggilan diperlukan, pelan Celcom FIRST Basic 85 dengan OPTIMISER boleh memberikan 600 minit panggilan dan 600 SMS ke semua rangkaian, bersama 2GB data.

Untuk yang berminat dengan pelan FIRST Basic 85 dengan 21GB data ini, segera ke cawangan Blue Cube dan mendaftar, kerana ia hanya ditawarkan sehingga 31 Oktober 2015 sahaja. Ia juga harus didaftar dengan kontrak selama 12 bulan. Untuk maklumat lanjut, layari lamanweb pelan internet Celcom FIRST Basic 85.

This is Celcom territory - non stop internet

Apa komen anda?