Inspirasi Type-R bersama Acer Aspire R14

Share Button

Ubah cara anda menggunakan laptop yang membosankan dengan Acer Aspire R14 yang hebat apabila ia monitornya boleh dipusing sampai 360 darjah jadi fungsinya berubah dari menonton, untuk pembentangan dan tablet.

Walaupun boleh dipusing-pusing, Aspire R14 masih mempunyai rekaan yang agak cantik. Hinge yang mencangkuk antara monitor dan papan kekunci. Saiz laptop ini pada 343.8 x 245 x 18.5mm dan mempunyai pilihan storan 128GB, 256GB atau 512GB jenis SATA SSD.

Ia mempunyai USB 3.1 Type C untuk memindahkan tenaga, data dan imej resolusi imej dibantu MU-MIMO yang memperbaharui kelajuan dan kapasiti rangkaian.

Acer Showcase - Aspire R14 mod khemah

 

Menggunakan Windows 10 yang bermakna ia mesra Continuum ketika laptop itu diubah menjadi tablet.

Laptop Acer Aspire R14 menggunakan memori yang menjangkau 8GB dan prosesor Intel Core i7 atau i5 yang juga generasi baru iaitu Gen-6. Ia juga menggunakan grafik jenis HD Graphics 520.

Baterinya berupaya bertahan 9 jam dan berat laptop ini adalah 1.9kg. Saiz skrin pula 14 inci dengan jenis FHD 1920 x 1080 piksel.

Ia akan mula dijual pada harga kira-kira RM2,865.90 dan dijangka tiba di Malaysia pada bulan November depan.

Acer Showcase - Aspire R14 port USB3 HDMI USB-C Acer Showcase - Aspire R14 di Taiwan

 

Apa komen anda?