2 faktor utama harga iPhone 6s/6s Plus naik

Share Button

Jadual harga iPhone 6s 6 5s di Apple Store Malaysia

Dua faktor utama menyebabkan kenaikan harga sehingga 26% iPhone baru yang dikeluarkan Apple di negara ini termasuk kenaikan mendadak dolar Amerika Syarikat sejak awal tahun ini dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Tentulah, bukan saja Apple, ia mencetuskan kerisauan di kalangan rakyat Malaysia dan lebih teruk lagi situasi kini menghantui industri mudah alih dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Tentulah ia mencabar bagi Malaysia, ditambah pula harga gajet-gajet ICT bukanlah murah. Pengeluar produk elektronik seperti Apple memiliki sasaran kewangan yang perlu dicapai dan pada masa sama terdesak untuk melindungi perbelanjaan operasi.

Jadi, tidak menghairankan apabila sesetengah vendor menaikkan harga produk mereka disebabkan kenaikan nilai dolar berbanding ringgit Malaysia (RM).

Boleh dikatakan, ia akan memberi kesan ‘halo’ untuk sesetengah model tertentu seperti iPhone, namun kelihatan seakan-akan produk keseluruhan vendor terbabit.

Kesan Halo direka untuk mencipta perasaan tetentu bagi produk tertentu yang memberi kesan positif kepada produk lain.

Kesan dolar ini berlaku selepas lima bulan GST yang mula dilaksanakan pada bulan April lepas.

Produk teknologi seperti komputer dan telefon pintar selama ini tidak dikenakan sebarang cukai di bawah sistem Cukai dan Jualan (SST), namun selepas GST, semua produk teknologi ini dilihat termasuk di dalam senarai cukai enam peratus GST.

Kali pertama iPhone 6 diperkenalkan di Malaysia secara rasmi pada penghujung tahun lepas, ia dijual pada harga RM2,399 untuk versi 16GB. Beberapa bulan kemudian, harganya naik kepada RM2,699 disebabkan perubahan ekonomi semasa.

Hari pertama iPhone 6s dilancarkan di Malaysia pada minggu depan menyaksikan ia akan dijual pada harga RM3,199 untuk versi paling murah berkapasiti 16GB.

Apa komen anda?