1000 tapak 4G LTE U Mobile siap tahun ini dengan 5000 lagi akan datang

Share Button

Masih ramai yang masih ragu-ragu dengan liputan rangkaian U Mobile. Tetapi berita hari ini mungkin mengubah sedikit persepsi anda. U Mobile hari ini mengumumkan telah selesai menyiapkan 1,000 tapak pemancar 4G LTE, 3 bulan lebih awal dari jangkaan.

Tapak pemancar 4G LTE baru ini meliputi Lembah Klang, Putrajaya, Seremban, Port Dickson dan juga Johor Bahru. Dengan ini, pengguna U Mobile boleh menikmati data berkelajuan tinggi sehingga 75Mbps, di lebih banyak lokasi berbanding sebelum ini.

Too Tian Jen (CTO) dan Jasmine Lee (CMO) U MobileToo Tian Jen (kiri) bersama Jasmine Lee (kanan), CMO U Mobile

Too Tian Jen (TJ), Ketua Pegawai Teknologi U Mobile menjelaskan, U Mobile adalah syarikat telekomunikasi yang memberi lebih fokus kepada data. Dengan 70% pelanggan yang menggunakan telefon pintar, adalah menjadi tanggungjawab U Mobile menyediakan pengalaman internet yang pantas dan berkualiti. U Mobile juga menawarkan pelbagai nilai tambah buat pengguna, menerusi pelan terbaik dan promosi dari masa ke semasa.

Rancangan U Mobile seterusnya, adalah menyiapkan pemasangan 5,000 lagi tapak pemancar baru, dalam masa 5 tahun akan datang. Berkenaan rangkaian 5G, ujian pra-5G dijangka sekitar tahun 2019, dengan standard 5G dijangka selesai sepenuhnya pada tahun 2020. Pemasangan tapak 5G pula dilaksanakan sekitar tahun 2021.

U Mobile baru-baru ini melancarkan pelan Pascabayar Hero P70, dengan panggilan tanpa had ke semua rangkaian, serta 7GB data internet berkelajuan tinggi. Untuk Prabayar pula, U Mobile menawarkan pelan POWER dengan 1GB data pantas percuma, untuk talian yang aktif setiap bulan.

U Mobile tahun ini turut menerima pelbagai anugerah seperti pengiktirafan Pengalaman Pelanggan Terbaik bagi kategori Telekomunikasi, oleh Frost & Sullivan. U Mobile juga menerima anugerah Putra Brand Award, buat pertama kalinya.

Di Negeri Sembilan, pemancar 4G LTE U Mobile telah berada di Nilai, Seremban, Port Dickson, Mantin, Labu, Bandar Baru Enstek dan Si Rusa. Semak kawasan liputan 4G LTE U Mobile yang meliputi Lembah Klang & Negeri Sembilan, di bawah ini.

Senarai kawasan liputan 4G LTE U Mobile di Lembah Klang dan Negeri Sembilan

Trackbacks

  1. […] U Mobile juga dilihat yang terakhir memperkenalkan rangkaian 4G LTE di Malaysia. Baru-baru ini, U Mobile mengumumkan rangkaian 4G mereka, kini terdapat di sekitar Lembah Klang, Putrajaya, Seremban, Port Dickson dan […]

Apa komen anda?